Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ipd Dungun Buru Pesalah Trafik Di Terminal Bas

Published: 24 May 2015 1.29 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dungun, 24 Mei - Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun giat memburu pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap di terminal bas serta beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ipd-dungun-buru-pesalah-trafik-di-terminal-bas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:26 MYT

Dungun, 24 Mei - Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun giat memburu pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap di terminal bas serta beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata inisiatif yang dilaksanakan itu bagi menjejaki 257 individu yang mempunyai waran tangkap di daerah itu.

Katanya sejak Ops Waran mula dilancarkan, hanya lima pesalah trafik telah melunaskan saman mereka secara sukarela, manakala bakinya masih gagal menjelaskan saman tertunggak.

"Selain melakukan pemeriksaan di terminal bas, kami turut mengadakan sekatan jalan raya bagi mengesan pesalah trafik yang lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurutnya menerusi pemeriksaan di terminal bas Kuala Dungun dan Jalan Sura Jetty dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari, pihaknya memeriksa 64 individu, termasuk menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang mempunyai satu waran
tangkap.- BERNAMA

ArticlePublished 24 May 2015 1.29 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM