Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Penglibatan polis dalam aktiviti kemasyarakatan serta penyertaan masyarakat dalam program kesedaran dan pencegahan jenayah akan dipertingkatkan bagi mewujudkan perhubungan erat antara dua belah pihak..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ioi-bandar-puteri-fun-walk-sempena-pelancaran-community-policing-bandar-puteri-community-policin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:54 MYT
Puchong - 5 Disember 2010

Ketua Polis Selangor yang baru, YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah pada pagi ini, telah bersama-sama penduduk Bandar Puteri, Puchong, berjalan kaki sejauh 5 kilometer di Majlis Pelancaran 'Community Policing' Bandar Puteri dan Pusat Bandar Puchong dan Program  'IOI Bandar Puteri Fun Walk'.

"Enjoy and be fun", ucapan oleh YDH DCP Dato' Tun Hisan sebelum melepaskan peserta-peserta dari 39 Persatuan Penduduk Perumahan Bandar Puteri.

Sebelum itu, beliau berceritakan kisah seorang profesor dan pendayung sampan kepada hadirin yang hadir, dimana kesimpulan yang diambil dari kisah itu, setiap orang mempunyai kelebihan dan kepandaian tersendiri, jadi tidaklah perlu mendabik dada akan kebolehan sendiri dan memperkecilkan kebolehan orang lain.

"Apa yang penting, gunakanlah kelebihan dan kepandaian kita itu untuk membantu orang lain"

"Penglibatan polis dalam aktiviti kemasyarakatan serta penyertaan masyarakat dalam program kesedaran dan pencegahan jenayah akan dipertingkatkan bagi mewujudkan perhubungan erat antara dua belah pihak", antara ucapan beliau lagi.

Program  'IOI Bandar Puteri Fun Walk' dan bertemakan 'Have fun, keep fit, stay healthy, know your neighbour' dan Pelancaran Community Policing ini adalah anjuran daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Puteri dan juga Balai Polis Bandar Puteri.

Turut hadir di majlis pelancaran ini ialah YB Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong, YB Teresa Kok,  Ahli Exco Negeri Selangor dan ADUN Kinrara, YDH SAC Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH Superintenden Abd Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang, Y.Bhg Datuk Samson Mamam, Pengerusi Pengelola IOI 5km Bandar Puteri Fun Walk, Sjn Mat Sood bin Mat Piah, Ketua Polis Balai Bandar Puteri, Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Puteri dan Pusat Bandar Puchong serta Ahli-ahli NGO.

"Seramai 100 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) telah ditugaskan membantu memerangi jenayah di sekitar kawasan panas di Bandar Puteri dan Taman Wawasan disini".

"Di kawasan ini mempunyai penduduk yang ramai, jadi dengan menempatkan 100 anggota PGA, dapat membantu anggota polis disini memandangkan Puchong berada di dalam kawasan panas", ucap YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah.

Beliau turut mengarahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk mengambil pendekatan kepolisan melalui 'Konsep Payung' dimana sebuah meja dan sebuah kerusi diletakkan di sesuatu lokasi dan ditempatkan seorang anggota polis disitu. Payung ini akan menjadi Pusat Lawatan )Coverging Point) atau sebagai pusat medanu ntuk semua kereta peronda MPV, dan anggota Ronda Cegah Jenayah. Pegawai Polis sebagai pemantau dan juga penyelia-penyelia juga akan melaporkan dan melawat anggota yang bertugas di payung tersebut. Dua anggota yang sama bertugas di payung itu juga akan membuat rondaan disekeliling dengan jarak 50 meter dan liputan 360 darjah di kawasan tanggungjawab.

Sempena Majlis Pelancaran ini, Polis Diraja Malaysia telah menyediakan beberapa gerai pameran bersama lain-lain agensi seperti dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Persenjataan, Hal Ehwal Awam, Cawangan Trafik dan juga penglibatan dari Unit Udara PDRM, Unit Berkuda.

Majlis dimeriahkan dengan demonstari oleh Unit K-9 PDRM dan juga cabutan nombor bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik seperti hamper, basikal, telefon bimbit , barangan elektrik dan juga dari Digi.

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Ucapan oleh YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor sebelum melepaskn peserta-peserta berjalan kaki.

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Penduduk-penduduk dari 39 Persatuan Penduduk bandar Puteri yang hadir meraikan Majlis pelancaran 'Community Policing' Bandar Puteri dan Pusat Bandar Puchong

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Sumbangan Kanopi untuk penugasan anggota Polis...

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah melepaskan peserta berjalan kaki

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Turut sama berjalan kaki sejauh 5 kilometer...

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Unit Berkuda PDRM yang turut membantu melicinkan lalulintas...

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Gerai hal Ehwal Awam IPD Serdang...

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Gerai pameran Jabatan Narkotik

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Orang ramai berminat melihat pelbagai senjatapi yang dipamirkan...

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Anggota dari Cawangan Trafik menerangkan kepada pengunjung bagaimana saman had laju dijalankan..

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Kaunter semakan dan bayaran saman di Balai Polis Puteri bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran dengan diskaun 50 peratus.

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Persembahan menarik dari Sekolah Menengah Perempuan Pudu

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Anjing dari Unit K-9 PDRM menunjukkan kecekapan mengesan dadah yang disembunyikan di motosikal

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Ucapan oleh YDH Superintenden Abd Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Tuah seorang anggota polis dan kanak perempuan, mendapat basikal di cabutan bertuah...

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Hadiah utama...dua buah TV LCD

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
DSP Lam Chien Fei, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg Datuk Samson Mamam, Pengerusi Pengelola IOI 5km Bandar Puteri Fun Walk

Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
Anggota Polis yang bertugas di payung atau kanopi, sebagai Pusat Lawatan.

Jurufoto/Wartawan : Sjn Zaiddin Dahalan
Penyunting :
F29 Siti Fatimah bt Abdul Manan
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM