Article
Ioi Bandar Puteri Fun Walk Sempena Pelancaran Community Policing Bandar Puteri Community Policin
'Penglibatan polis dalam aktiviti kemasyarakatan serta penyertaan masyarakat dalam program kesedaran dan pencegahan jenayah akan dipertingkatkan bagi mewujudka...
Puchong - 5 Disember 2010
Ketua
Polis Selangor yang baru, YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Haji Tun
Hamzah pada pagi ini, telah bersama-sama penduduk Bandar Puteri,
Puchong, berjalan kaki sejauh 5 kilometer di Majlis Pelancaran
'Community Policing' Bandar Puteri dan Pusat Bandar Puchong dan Program
'IOI Bandar Puteri Fun Walk'.
"Enjoy
and be fun", ucapan oleh YDH DCP Dato' Tun Hisan sebelum melepaskan
peserta-peserta dari 39 Persatuan Penduduk Perumahan Bandar Puteri.
Sebelum
itu, beliau berceritakan kisah seorang profesor dan pendayung sampan
kepada hadirin yang hadir, dimana kesimpulan yang diambil dari kisah
itu, setiap orang mempunyai kelebihan dan kepandaian tersendiri, jadi
tidaklah perlu mendabik dada akan kebolehan sendiri dan memperkecilkan
kebolehan orang lain.
"Apa yang penting, gunakanlah kelebihan dan kepandaian kita itu untuk membantu orang lain"

"Penglibatan
polis dalam aktiviti kemasyarakatan serta penyertaan masyarakat dalam
program kesedaran dan pencegahan jenayah akan dipertingkatkan bagi
mewujudkan perhubungan erat antara dua belah pihak", antara ucapan
beliau lagi.
Program 'IOI Bandar Puteri Fun Walk' dan bertemakan 'Have fun, keep fit, stay healthy, know your neighbour' dan Pelancaran Community Policing ini adalah anjuran daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Puteri dan juga Balai Polis Bandar Puteri.

Turut
hadir di majlis pelancaran ini ialah YB Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen
Puchong, YB Teresa Kok, Ahli Exco Negeri Selangor dan ADUN Kinrara,
YDH SAC Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor,
YDH Superintenden Abd Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang,
Y.Bhg Datuk Samson Mamam, Pengerusi Pengelola IOI 5km Bandar Puteri Fun
Walk, Sjn Mat Sood bin Mat Piah, Ketua Polis Balai Bandar Puteri,
Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Puteri dan Pusat
Bandar Puchong serta Ahli-ahli NGO.
"Seramai 100 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) telah ditugaskan membantu memerangi jenayah di sekitar kawasan panas di Bandar Puteri dan Taman Wawasan disini".
"Di kawasan ini mempunyai penduduk yang ramai, jadi dengan menempatkan 100 anggota PGA, dapat membantu anggota polis disini memandangkan Puchong berada di dalam kawasan panas", ucap YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah.
Beliau turut mengarahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk mengambil pendekatan kepolisan melalui 'Konsep Payung' dimana sebuah meja dan sebuah kerusi diletakkan di sesuatu lokasi dan ditempatkan seorang anggota polis disitu. Payung ini akan menjadi Pusat Lawatan )Coverging Point) atau sebagai pusat medanu ntuk semua kereta peronda MPV, dan anggota Ronda Cegah Jenayah. Pegawai Polis sebagai pemantau dan juga penyelia-penyelia juga akan melaporkan dan melawat anggota yang bertugas di payung tersebut. Dua anggota yang sama bertugas di payung itu juga akan membuat rondaan disekeliling dengan jarak 50 meter dan liputan 360 darjah di kawasan tanggungjawab.
Sempena Majlis Pelancaran ini, Polis Diraja Malaysia telah menyediakan beberapa gerai pameran bersama lain-lain agensi seperti dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Persenjataan, Hal Ehwal Awam, Cawangan Trafik dan juga penglibatan dari Unit Udara PDRM, Unit Berkuda.
Majlis dimeriahkan dengan demonstari oleh Unit K-9 PDRM dan juga cabutan nombor bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik seperti hamper, basikal, telefon bimbit , barangan elektrik dan juga dari Digi.

Ucapan oleh YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor sebelum melepaskn peserta-peserta berjalan kaki.

Penduduk-penduduk dari 39 Persatuan Penduduk bandar Puteri yang hadir meraikan Majlis pelancaran 'Community Policing' Bandar Puteri dan Pusat Bandar Puchong

Sumbangan Kanopi untuk penugasan anggota Polis...

YDH DCP Dato' Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah melepaskan peserta berjalan kaki

Turut sama berjalan kaki sejauh 5 kilometer...

Unit Berkuda PDRM yang turut membantu melicinkan lalulintas...

Gerai hal Ehwal Awam IPD Serdang...

Gerai pameran Jabatan Narkotik

Orang ramai berminat melihat pelbagai senjatapi yang dipamirkan...

Anggota dari Cawangan Trafik menerangkan kepada pengunjung bagaimana saman had laju dijalankan..

Kaunter semakan dan bayaran saman di Balai Polis Puteri bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran dengan diskaun 50 peratus.

Persembahan menarik dari Sekolah Menengah Perempuan Pudu

Anjing dari Unit K-9 PDRM menunjukkan kecekapan mengesan dadah yang disembunyikan di motosikal

Ucapan oleh YDH Superintenden Abd Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang

Tuah seorang anggota polis dan kanak perempuan, mendapat basikal di cabutan bertuah...

Hadiah utama...dua buah TV LCD

DSP Lam Chien Fei, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg Datuk Samson Mamam, Pengerusi Pengelola IOI 5km Bandar Puteri Fun Walk

Anggota Polis yang bertugas di payung atau kanopi, sebagai Pusat Lawatan.
Jurufoto/Wartawan : Sjn Zaiddin Dahalan
Penyunting : F29 Siti Fatimah bt Abdul Manan