Singapura - 29 November 2009. Setiap tahun, kejohanan sukan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Republik Singapura (PRS) di adakan di mana penganjuran kejohanan tersebut dibuat secara bergilir-gilir antara PDRM dan PRS.
Pada tahun ini, Republik Singapura menjadi tuan rumah yang melibatkan sebanyak 7 acara sukan. Acara-acara yang dipertandingkan ialah golf, sepak takraw, bola tampar, bola jaring, bola sepak terbuka, bola sepak pegawai dan tenpin bowling dengan tema " Two Forces Together In Senergy " dan bermuala pada 26 November hingga 29 November 2009.
YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara telah mengetuai delegasi Polis DiRaja Malaysia dan Chef-De Mission pula ialah YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, dengan kekuatan seramai 133 orang yang melibatkan 54 orang pegawai dan 79 orang anggota. Ketua Konvoi pula ialah DSP Abd Hadi bin Hasan, Setiausaha Majlis Sukan PDRM. Kontinjen PDRM telah ditempatkan di Swissotel Merchant Court dan Home Team Academy di Singapura.
Kontinjen PDRM telah berkumpul seawal pagi di PULAPOL Kuala Lumpur pada 26 November dan bertolak ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Majlis jamuan makan tengahari bagi meraikan Kontinjen PDRM telah di adakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Sambutan selamat datang pula di adakan di Woodlands Checkpoint, Singapura dan jamuan malam di Rosewood Room Swissotel Merchant Court sementara Majlis Makan Malam Perasmian/Penutup di The Ballroom Swissotel Merchant Court.
Di Singapura, kejohanan golf telah diadakan di Laguna Country Club, bolasepak di National Stadium, bola jaring dan sepak takraw di Multi Purpose Hall, Home Team Academy, bola tampar di Police Cantonment Complex dan tenpin bowling di Junior Officers' Mess.
Keputusan kejohanan sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Republik Singapura (PRS), golf, bola sepak (Terbuka dan Pegawai), bola jaring dan sepak takraw diungguli oleh PDRM sementara PRS menjadi pemenang bagi acara bola tampar dan bowling. Johan keseluruhan ialah Polis Diraja Malaysia dengan keputusan 5 - 2
Kejohanan ini diharap dapat mengeratkan silaturrahim dan memperkukuhkan lagi semangat setiakawan yang telah terjalin sekian lama dan mewujudkan keharmonian yang akan membawa kecemerlangan didalam bidang sukan kepada Polis Diraja Malaysia dan Polis Republik Singapura.

Pasukan bowling PDRM di ketuai oleh ASP Ghazani bin Jusoh (empat dari kiri)

(berdiri kanan sekali) ... ASP Mohd Dali bin Wahid, Pengurus Pasukan Bola sepak Terbuka bersama pasukan PDRM yang mengalahkan PRS dengan keputusan 3 berbalas 1

Pasukan Bola sepak Pegawai PDRM berjaya mengalahkan PRS dengan keputusan 1-0

Kedua-dua pasukan bola sepak PDRM bergambar kenangan di National Stadium selepas majlis penyampaian pingat

YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara mengetuai pasukan Golf PDRM

Bergambar kenangan..dari kanan, YDH CP Dato' Koh Hong Sun,Y.Bhg CP Khoo Boon Hui, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar dan Mr. Tan Ngo Chew

YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg CP Khoo Boon Hui, Ketua Polis Republik Singapura

Pasukan Bola Tampar PDRM bergambar kenangan bersama YDH SAC I Dato' Zaleha bt. Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)

Pasukan Bola jaring PDRM mengalahkan pasukan PRS dengan kedudukan mata 48 berbalas 32
Pasukan sepak takraw PDRM berjaya mengalahkan pasukan PRS dengan keputusan 2 - 1

YDH SAC II Dato' Rosli bin Ab. Rahman menerima tropi kejohanan Golf daripada Y.Bhg CP Khoo Boon Hui

YDH CP Dato' Koh Hong Sun menerima tropi Juara Inter Forces Games 2009

YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara menerima cenderahati daripada Y.Bhg CP Khoo Boon Hui, Ketua Polis Republik Singapura
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Inter Forces Games 2009
YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara telah mengetuai delegasi Polis DiRaja Malaysia dan Chef-De Mission pula ialah YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/inter-forces-games-2009
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.