Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Inter Forces Games 2009

Published: 10 Jun 2014 1.28 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara telah mengetuai delegasi Polis DiRaja Malaysia dan Chef-De Mission pula ialah YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/inter-forces-games-2009
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:19 MYT

Singapura - 29 November 2009. Setiap tahun,  kejohanan sukan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Republik Singapura (PRS) di adakan di mana penganjuran kejohanan tersebut dibuat secara bergilir-gilir antara PDRM dan PRS.

Pada tahun ini, Republik Singapura menjadi tuan rumah yang melibatkan sebanyak 7 acara sukan. Acara-acara yang dipertandingkan ialah golf, sepak takraw, bola tampar, bola jaring, bola sepak terbuka, bola sepak pegawai dan tenpin bowling dengan tema " Two Forces Together In Senergy " dan bermuala pada 26 November hingga 29 November 2009.

YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara telah mengetuai delegasi Polis DiRaja Malaysia dan Chef-De Mission pula ialah YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, dengan kekuatan seramai 133 orang yang melibatkan 54 orang pegawai dan 79 orang anggota. Ketua Konvoi pula ialah DSP Abd Hadi bin Hasan, Setiausaha Majlis Sukan PDRM. Kontinjen PDRM telah ditempatkan di Swissotel Merchant Court dan Home Team Academy di Singapura.

Kontinjen PDRM telah berkumpul seawal pagi di PULAPOL Kuala Lumpur pada 26 November dan bertolak ke  Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Majlis jamuan makan tengahari bagi meraikan Kontinjen PDRM telah di adakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Sambutan selamat datang  pula di adakan di Woodlands Checkpoint, Singapura dan jamuan malam di Rosewood Room  Swissotel Merchant Court sementara Majlis Makan Malam Perasmian/Penutup di The Ballroom Swissotel Merchant Court.
 
Di Singapura, kejohanan golf telah diadakan di Laguna Country Club, bolasepak di National Stadium, bola jaring dan sepak takraw di Multi Purpose Hall, Home Team Academy, bola tampar di Police Cantonment Complex dan tenpin bowling di Junior Officers' Mess.

Keputusan kejohanan sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Republik Singapura (PRS), golf, bola sepak (Terbuka dan Pegawai), bola jaring dan sepak takraw  diungguli oleh PDRM sementara PRS menjadi pemenang bagi acara bola tampar dan bowling. Johan keseluruhan ialah Polis Diraja Malaysia dengan keputusan 5 - 2

Kejohanan ini diharap dapat mengeratkan silaturrahim dan memperkukuhkan lagi semangat setiakawan yang telah terjalin sekian lama dan mewujudkan keharmonian  yang akan membawa kecemerlangan didalam bidang sukan kepada Polis Diraja Malaysia dan Polis Republik Singapura.

Inter Forces Games 2009
Pasukan bowling PDRM di ketuai oleh ASP Ghazani bin Jusoh (empat dari kiri)

Inter Forces Games 2009
(berdiri kanan sekali) ... ASP Mohd Dali bin Wahid, Pengurus Pasukan Bola sepak Terbuka bersama pasukan PDRM yang mengalahkan PRS dengan keputusan 3 berbalas 1

Inter Forces Games 2009
Pasukan Bola sepak Pegawai PDRM berjaya mengalahkan PRS dengan keputusan 1-0

Inter Forces Games 2009
Kedua-dua pasukan bola sepak PDRM bergambar kenangan di National Stadium selepas majlis penyampaian pingat

Inter Forces Games 2009
YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara mengetuai pasukan Golf PDRM

Inter Forces Games 2009
Bergambar kenangan..dari kanan, YDH CP Dato' Koh Hong Sun,Y.Bhg CP Khoo Boon Hui, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar dan Mr. Tan Ngo Chew

Inter Forces Games 2009
YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg CP Khoo Boon Hui, Ketua Polis Republik Singapura

Inter Forces Games 2009
Pasukan Bola Tampar PDRM bergambar kenangan bersama YDH SAC I Dato' Zaleha bt. Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)

Inter Forces Games 2009
Pasukan Bola jaring PDRM mengalahkan pasukan PRS dengan kedudukan mata 48 berbalas 32

Inter Forces Games 2009
Pasukan sepak takraw PDRM berjaya mengalahkan pasukan PRS dengan keputusan 2 - 1

Inter Forces Games 2009
YDH SAC II Dato' Rosli bin Ab. Rahman menerima tropi kejohanan Golf daripada Y.Bhg CP Khoo Boon Hui

Inter Forces Games 2009
YDH CP Dato' Koh Hong Sun menerima tropi Juara Inter Forces Games 2009

Inter Forces Games 2009
YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara menerima cenderahati daripada Y.Bhg CP Khoo Boon Hui,  Ketua Polis Republik Singapura

ArticlePublished 10 Jun 2014 1.28 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM