Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Inisiatif Pb Scam Rangers Perkukuh Literasi Keselamatan Siber

Published: 16 Jun 2026 2.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 Jun 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Public Bank (PB) Berhad hari ini melancarkan inisiatif PB Scam Rangers sebagai usaha strategik memperkukuh kerjasama dalam memerangi jenayah penipuan kewangan melalui pendidikan serta pemerkasaan masyarakat terhadap keselamatan siber.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/inisiatif-pb-scam-rangers-perkukuh-literasi-keselamatan-siber
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:01 MYT
Kuala Lumpur, 15 Jun 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Public Bank (PB) Berhad hari ini melancarkan inisiatif PB Scam Rangers sebagai usaha strategik memperkukuh kerjasama dalam memerangi jenayah penipuan kewangan melalui pendidikan serta pemerkasaan masyarakat terhadap keselamatan siber.

Mengangkat tema “Perangi Scam: Dua Pasukan, Satu Matlamat”, ia telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PB Berhad, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Tay Ah Lek, dengan diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa di Grand Ballroom, Hotel InterContinental, di sini, pagi tadi.

Dalam ucapannya, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid menzahirkan penghargaan atas komitmen PB Berhad dalam menjayakan inisiatif tersebut yang dilihat sebagai langkah proaktif dan berimpak tinggi dalam menangani jenayah penipuan dalam talian yang semakin kompleks.

Menurut beliau, jumlah kerugian akibat jenayah penipuan dalam talian menunjukkan peningkatan membimbangkan iaitu mencecah RM2.97 bilion pada tahun 2026 berbanding RM1.40 bilion pada tahun sebelumnya, sekali gus menuntut kerjasama bersepadu antara pihak penguatkuasaan, institusi kewangan dan masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang panggilan, mesej atau tawaran yang meragukan. Semak dan sahkan setiap maklumat melalui saluran rasmi sebelum mengambil sebarang tindakan,” tegas beliau.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada 20 pegawai polis sebagai pengiktirafan atas sumbangan mereka dalam membantu menghalang kes penipuan kewangan melibatkan potensi kerugian melebihi RM19 juta.

Turut hadir, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, Ahli Lembaga Pengarah serta Pengurusan Tertinggi PB Berhad.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of dais and text

May be an image of ‎text that says '‎PUBLIC BANK DIROIA ΚΑΙйAA COMBAT SCAM TWO NOFORCES, ONE MISSION 15 June 2026 InterContinental Hotel Kuala Lump

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of dais and text
ArticlePublished 16 Jun 2026 2.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM