Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan 10 000 Cctv Sekitar Kl Permudahkan Tugas Banteras Jenayah Salah Laku Kpn

Diterbitkan: 15 Jun 2026 8.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 15 Jun 2026 - Pemasangan dan pengoperasian 10,000 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar ibu negara sejak 2020 mampu meningkatkan dan membantu pihak polis dalam menjalankan siasatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-10-000-cctv-sekitar-kl-permudahkan-tugas-banteras-jenayah-salah-laku-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:31 MYT

Kuala Lumpur, 15 Jun 2026 - Pemasangan dan pengoperasian 10,000 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar ibu negara sejak 2020 mampu meningkatkan dan membantu pihak polis dalam menjalankan siasatan.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, pemasangan CCTV itu adalah satu langkah yang tepat sekali gus membantu memudahkan tugasan pegawai dan anggota polis khususnya dalam pencegahan jenayah.

"Modal insan yang ada di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia khususnya di Kuala Lumpur ini bukanlah begitu besar tapi dengan kemajuan teknologi, pihak polis dapat mengenal pasti sesuatu perkara dan juga membantu pelaksanaan penugasan.

"Sebab itu saya selalu menyeru di dalam pasukan penggunaan teknologi maklumat dan juga kecerdasan buatan ini perlu kita pertingkatkan dan perkemaskan," katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Perangi Scam 'Dua Pasukan Satu Matlamat' di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../10000-cctv-sekitar-kl...


Artikel Pilihan 10 000 Cctv Sekitar Kl Permudahkan Tugas Banteras Jenayah Salah Laku Kpn

ArtikelDiterbitkan 15 Jun 2026 8.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM