Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah

Published: 12 Jun 2014 7.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR, 14 September – Satu Majlis Pelancaran Inisiatif NBOS telah berlansung di Stesyen Minyak Petron, Jalan Kuchai Lama, pagi tadi. Hadir merasmikan majlis ialah YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid b..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/inisiatif-nbos-kukuh-kerjasama-strategik-perangi-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:57 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo

INISIATIF NBOS:KUKUH KERJASAMA STRATEGIK PERANGI JENAYAH

KUALA LUMPUR, 14 September – Satu Majlis Pelancaran Inisiatif NBOS telah berlansung di Stesyen Minyak Petron, Jalan Kuchai Lama, pagi tadi. Hadir merasmikan majlis ialah YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara.

Majlis perasmian Inisiatif NBOS ini merangkumi tiga elemen iaitu 'Go To Safety Points' Bersama Petron, Amanita dan Plain Clothes Police Patrol.

Kempen 1Aman 'Go To Safety Points' bersama Petron merupakan satu alternatif yang disediakan kepada masyarakat untuk mendapatkan tempat perlindungan atau maklumat untuk disalurkan kepada pihak polis seperti 7 Eleven dan Pos Malaysia sebelum ini.

Inisiatif AMANITA merupakan suatu usaha untuk menerapkan kesedaran tentang peranan yang boleh dimainkan oleh suri rumah untuk mencegah jenayah sekitar kediaman jiran. Para AMANITA ini akan turun ke padang bertemu dan berkenalan dengan suri rumahtangga bagi membina perhubungan dan kepercayaan mereka terhadap pihak polis. Para suri rumahtangga akan didedahkan pelbagai aktiviti-aktiviti sosial seperti sesi ceramah, dialog dan sebagainya.

Manakala inisiatif yang ketiga iaitu "Plain Clothes Police Patrol" pula akan menempatkan anggota rondaan berpakaian preman di lokasi-lokasi ‘hot spot’ jenayah. Anggota-anggota ini akan sentiasa melaporkan kepada Pusat Kawalan Daerah (DCC) tentang lokasi mereka serta laporan pemantauan yang dilakukan. Kemudiannya bantuan daripada anggota beruniform akan dipanggil sekiranya terdapat perlakuan jenayah sementara mereka membuat pemerhatian. Ideanya adalah bertujuan untuk mencegah para pelaku jenayah daripada melakukan jenayah, di mana penjenayah ini akan berasa was-was untuk melakukan jenayah kerana mereka merasakan bahawa pihak polis sentiasa memerhatikan mereka.

Kempen ini dilihat menerapkan nilai-nilai pembudayaan pencegahan jenayah sebagai satu elemen amalan hidup rakyat Malaysia sekaligus dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan tanggungjawab mereka untuk bersama-sama dengan pihak polis dalam membanteras jenayah.

"Kepada pihak Petron Malaysia, saya ucapkan terima kasih kerana sudi bersama-sama PDRM sebagai antara syarikat yang menyertai kempen ini. Bersama-samalah kita terus memanggil kepada masyarakat Malaysia seluruhnya, termasuklah agensi-agensi swasta yang lain; marilah kita bersama-sama merealisasikannya, agar keamanan dan kesejahteraan negara ini terus terjamin melalui rangkaian kolaborasi antara Kerajaan, penjawat awam, agensi swasta dan rakyat", ujar YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan perasmian beliau.

Antara yang hadir YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, YDH Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Anti Pengganas, YDH Dato' Wira Ayub bin Yaakob
Pengarah Jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah, Puan Faridah binti Ali, Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia.

Turut hadir YDH Pengarah-Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia, YDH Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur, Agensi Kerajaan serta NGO, wakil-wakil daripada syarikat-syarikat swasta, Ketua-ketua dan wakil-wakil persatuan penduduk dan wakil-wakil media.

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Persatuan Penduduk sempat bergambar bersama Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh sementara menanti ketibaan Ketua Polis Negara

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Ahli Jawatan Kuasa Petron bergambar bersama Pegawai Kanan Polis sementara menanti ketibaan Ketua Polis Negara

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Dato’ Wira Ayub bin Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah bersama Pegawai Kanan Polis menanti ketibaan Ketua Polis Negara

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Ketibaan Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara diiringi oleh Ahli Jawatan Kuasa Petron Malaysia

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Dari Kiri (depan)... Encik Jaime O Lu, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan Dato' Wira Ayub bin Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Antara yang hadir

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Persembahan gimik pelancaran I

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Ucapan oleh Puan Faridah binti Ali, Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Ucapan perasmian oleh Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Persembahan gimik pelancaran II

Penyampaian Cenderahati Kenangan

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Para suri rumahtangga mendaftar menjadi ahli AMANITA

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Ketua Polis Negara beramah-mesra dengan tetamu yang hadir

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Turut mengiringi Ketua Polis Negara, Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Menandatangani Buku Pelawat

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Majlis melekatkan sticker United Against Crime pada cermin teksi

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Lawatan booth pameran

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Ketua Polis Negara bergambar bersama AMANITA

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Mendengar penerangan daripada booth pameran Rakan Cop

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Anti Pengganas melihat pamplet Rakan Cop

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Kor Suksis Universiti Malaya bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Bergambar kenangan

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Anti Pengganas beramah-mesra dengan pengunjung yang hadir

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur beramah-mesra dengan pengunjung yang hadir

Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah

ArticlePublished 12 Jun 2014 7.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM