Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Info Balai Balai Polis Kodiang

Diterbitkan: 16 Nov 2019 3.44 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Balai Polis Kodiang di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Kedah telah dirasmikan oleh Ketua Cawangan Khas Kontinjen Kedah/Perlis ketika itu, Tuan Ding Hong Kee pada 29 Oktober 1979.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/info-balai-balai-polis-kodiang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:07 MYT

Balai Polis Kodiang di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Kedah telah dirasmikan oleh Ketua Cawangan Khas Kontinjen Kedah/Perlis ketika itu, Tuan Ding Hong Kee pada 29 Oktober 1979.

Balai tersebut bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan lima buah pekan kecil yang mengandungi 70 buah kampung serta 12 taman perumahan rakyat.

Bagi tujuan tersebut, sebanyak tiga buah pondok polis diletakkan di bawah pentadbirannya iaitu Pondok Polis Batu 4 Jalan Sanglang, Pondok Polis Padang Sera dan Pondok Polis Megat Dewa.

Kini, Balai Polis Kodiang diketuai oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan dengan dibantu 20 Pegawai Rendah Polis pelbagai pangkat.

Alamat: Balai Polis Kodiang, 06100 Kodiang, Kedah.

Talian Telefon : 04-9253222

Image may contain: outdoor
ArtikelDiterbitkan 16 Nov 2019 3.44 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM