
Prk Tanjung Piai Pengarah Jabatan Kdnka Turun Padang Tinjau Penugasan Ppm Kukup
Pontian, 16 November 2019 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani meluangkan masa melawat serta meninjau persiapan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang berlangsung hari ini, di Markas Taktikal PPM Wilayah 2 Kukup, di sini, semalam.
Aturcara lawatan tersebut bermula dengan taklimat penugasan PRK Tanjung Piai yang disampaikan oleh Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 2 Kukup, ASP Abd Aziz Siyon.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut berkesempatan menyampaikan amanat kepada pegawai dan anggota yang terlibat agar mempamerkan prestasi tugas yang tinggi, professional dan berdisiplin.
Turut hadir, Ketua Polis Johor, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Am), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, SAC Hamzah Haji Ahmad, Pemangku Komander PPM Wilayah 2, Superintendan Haji Noor Azman Haji Jamal.