Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Indeks Jenayah Sabah Turun 4 88 Peratus Setakat 15 Dis

Published: 18 Jun 2014 6.44 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Kota Kinabalu, 19 Dis - Indeks jenayah di Sabah turun 4.88 peratus setakat 15 Dis lepas dengan 5,476 kes berbanding 5,757 bagi tempoh sama tahun lalu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indeks-jenayah-sabah-turun-4-88-peratus-setakat-15-dis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:08 MYT

Kota Kinabalu, 19 Dis - Indeks jenayah di Sabah turun 4.88 peratus setakat 15 Dis lepas dengan 5,476 kes berbanding 5,757 bagi tempoh sama tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kadar penyelesaian kes pula ialah 45.67 peratus, menurun sedikit berbanding 48.84 peratus tahun lepas.

Bagi tempoh sama, sebanyak 468 orang ditangkap bersabit dadah berbanding 378 orang tahun lalu dengan tangkapan terbesar pada satu masa ialah 24 orang termasuk lima warga asing, katanya berucap dalam perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.

Katanya tangkapan itu menghasilkan rampasan 95 kilogram dadah jenis syabu, 2.1 kg kokain serta sejumlah perkakasan dan bahan kimia untuk pemprosesan dadah.

Berikutan itu juga polis menyita harta kumpulan terbabit dalam bentuk kenderaan mewah, premis perniagaan, kediaman, barangan kemas dan wang tunai serta simpanan dengan nilai keseluruhan hampir RM30 juta, katanya.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.44 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM