Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Indeks Jenayah Sabah Bagi Januari April Menurun

Published: 07 May 2018 9.28 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tawau, 7 Mei 2018 - Indeks Jenayah Sabah dari tempoh Januari hingga April tahun ini menurun kepada 1,759 kes berbanding 1,988 kes bagi tempoh sama pada tahun lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indeks-jenayah-sabah-bagi-januari-april-menurun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:19 MYT

Tawau, 7 Mei 2018 - Indeks Jenayah Sabah dari tempoh Januari hingga April tahun ini menurun kepada 1,759 kes berbanding 1,988 kes bagi tempoh sama pada tahun lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata berkata daripada jumlah itu, 67.99 peratus kes berjaya diselesaikan kontinjen polis Sabah setakat ini.

"Ini bermaksud bagi setiap 10 kes yang dilaporkan, polis berjaya menyelesaikan 6.8 peratus kes," katanya ketika berucap pada program pencegahan jenayah ke arah Tawau sejahtera yang dirasmikan Ketua PolisNegara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di sini hari ini.

Ramli berkata kadar penyelesaian kes itu hasil usaha warga polis yang komited menggunakan pendekatan penyiasatan dan kepolisan agresif serta membanteras jenayah di Sabah.

"Indeks jenayah curi adalah yang tertinggi direkodkan dan curi ini didapati mempunyai kolerasi tinggi dengan aktiviti penyalahgunaan dadah," katanya.

Dalam tempoh sama, Ramli berkata sebanyak 958 operasi dadah dilaksanakan di Sabah dengan 1,749 tangkapan dilakukan.

Sementara itu katanya, polis melaksanakan 1,622 program komuniti di Sabah melibatkan antaranya lawatan polis ke sekolah, masjid, rumah ibadah serta program gotong-royong bersama masyarakat.

"Hubungan baik polis dan masyarakat bukan mudah dicapai dan dikekalkan...setiap pihak perlu menghargai nikmat kesejahteraan yang bukan lahir secara percuma tetapi banyak pengorbanan," katanya lagi. - BERNAMA

ArticlePublished 07 May 2018 9.28 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM