Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Indeks Jenayah Melaka Bagi Jan Ogos Tahun Ini Turun 9 4 Pera

Published: 18 Jun 2014 1.17 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Melaka, 19 Sept - Indeks jenayah di Melaka turun sebanyak 9.4 peratus dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kata Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadad...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indeks-jenayah-melaka-bagi-jan-ogos-tahun-ini-turun-9-4-pera
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:09 MYT

Melaka, 19 Sept - Indeks jenayah di Melaka turun sebanyak 9.4 peratus dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kata Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadad.

Beliau berkata sebanyak 2,852 kes jenayah dilaporkan dalam tempoh lapan bulan itu berbanding 3,148 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

"Penurunan indeks jenayah ini hasil perancangan kerja yang sistematik, kesungguhan dan pengorbanan setiap anggota dan pegawai polis Melaka dalam membanteras jenayah selain kerjasama baik daripada masyarakat di negeri ini," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata sebanyak 1,089 kes membabitkan pelbagai jenayah termasuk samun, rogol dan bunuh berjaya diselesaikan dalam tempoh itu berbanding 1,114 kes pada tahun lepas.

Bagi jenayah narkotik pula, katanya seramai 3,255 orang ditahan kerana terlibat dalam 2,977 kes kesalahan dadah sepanjang Januari hingga Ogos lepas. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.17 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM