Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Indeks Jenayah Di Pahang Menurun

Diterbitkan: 16 Jun 2014 2.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA KRAU 10 Okt. - Indeks jenayah di Pahang mencatatkan penurunan sebanyak 12.4 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indeks-jenayah-di-pahang-menurun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:36 MYT

KUALA KRAU 10 Okt. - Indeks jenayah di Pahang mencatatkan penurunan sebanyak 12.4 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani berkata, sepanjang Januari hingga September tahun ini, sebanyak 4,942 kes dicatatkan berbanding 5,639 kes direkodkan pada tempoh sama tahun lalu.

"Statistik itu menunjukkan kadar jenayah di seluruh negeri Pahang menurun hampir 700 kes pada tahun ini berbanding tahun lalu," katanya.

Beliau berucap pada Karnival Nilai Murni Cegah Jenayah peringkat negeri yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di Stadium Mini Bandar Jengka di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said; Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail; ADUN Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Datuk Kamaruddin Md. Ali.

Robiah memberitahu, jenayah keganasan menunjukkan penurunan sebanyak 10 peratus dalam tempoh Januari hingga September tahun ini apabila sebanyak 993 kes dicatatkan berbanding 1,107 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

"Bagi jenayah harta benda pula bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak 12.9 peratus atau 3,949 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Kejadian jenayah tidak berperikemanusiaan turut berlaku di Pahang tetapi masih merupakan negeri paling kecil terjadinya kes jenayah seumpama itu," katanya.

Beliau berkata, kadar jenayah jalanan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini turut berkurangan sebanyak 25.2 peratus apabila sebanyak 314 kes dilaporkan berbanding 432 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, penurunan kadar jenayah tertentu berpunca daripada kerjasama masyarakat dengan polis menerusi program bersepadu yang dijalankan.

"Orang ramai diingatkan bahawa jenayah boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa mengira keturunan, jantina dan pangkat.

"Oleh itu, menjadi tanggungjawab orang ramai untuk mencegahnya menerusi pelbagai pendekatan bersepadu seperti program kawalan kampung atau menyalurkan maklumat berkaitan perlakuan jenayah," katanya.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 2.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM