Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Indeks Jenayah Daerah Kuching Turun 17 91 Peratus

Published: 17 Jun 2014 9.31 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Kuching, 24 Ogos - Statistik indeks jenayah bagi daerah Kuching menunjukkan penurunan sebanyak 17.91 peratus bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Po..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indeks-jenayah-daerah-kuching-turun-17-91-peratus
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:24 MYT

Kuching, 24 Ogos - Statistik indeks jenayah bagi daerah Kuching menunjukkan penurunan sebanyak 17.91 peratus bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Daerah ACP Roslan Bek Ahmad.

"Kejayaan menurunkan statistik kes jenayah di Kuching adalah hasil komitmen dan kerjasama masyarakat dengan polis. Selain itu, polis sekarang banyak melancarkan operasi dan rondaan, dan kita juga mendapat maklumat melalui 'RakanCop', jadi banyak kes dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri program bersama masyarakat di Tabuan Jaya hari ini.

Beliau berkata walaupun kadar jenayah di Kuching rendah, polis akan terus berusaha membanteras aktiviti jenayah.

"Masyarakat perlu terus membantu polis, lapor apa sahaja aktiviti jenayah, jangan leka atau memberi sebarang peluang kepada penjenayah melakukan aktiviti mereka," katanya.

Sementara itu, Roslan Bek berkata Kuching belum mencatat sebarang tangkapan sejak Ops Cantas dilancar kerana jenayah di daerah ini lebih kepada kes kecurian harta benda.

Ops Cantas dilancar 17 Ogos lepas di seluruh negara bagi mengesan bekas banduan di bawah Ordinan Darurat. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 9.31 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM