Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Geng Samun Mat Belacan Ditahan Dalam Ops Cantas

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.51 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.45 PM
'Mohamad Mahamud atau lebih dikenali Mat Belacan yang mempunyai 14 rekod jenayah (lapan rekod jenayah lampau, enam rekod jenayah masih dikehendaki) dan rakan-rakannya telah lama kami buru sejak tahun ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-samun-mat-belacan-ditahan-dalam-ops-cantas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:06 MYT

Kuala Lumpur, 4 Julai - Polis menahan Mat Belacan bersama tiga lelaki rakan samun di sekitar daerah Gombak dalam operasi 'Ops Cantas' di sebuah premis di Taman Samudera, Batu Caves malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata kesemua suspek berusia linkungan 26 hingga 53 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam.

"Mohamad Mahamud atau lebih dikenali Mat Belacan yang mempunyai 14 rekod jenayah (lapan rekod jenayah lampau, enam rekod jenayah masih dikehendaki) dan rakan-rakannya telah lama kami buru sejak tahun lepas lagi," katanya ketika
dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga merampas dua bilah parang panjang, sebilah keris, sebuah kereta Proton Wira Aeroback dan sebuah kereta Naza Forza serta dua anak kunci kereta itu.

Katanya kesemua suspek juga terlibat dalam kes samun di premis Hewlett Packard di Giant, Batu Caves pada 9 Mei lepas dengan anggaran kerugian sebanyak RM150,000. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.51 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.45 PM