Indek Jenayah Di Sabah Menurun
Penampang,
12 Dis - Indeks jenayah di Sabah setakat ini menurun 4.5 peratus, kata
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Menurut beliau, jika prestasi
berkenaan kekal sehingga akhir tahun ini, maka Sabah akan mencatat
penurunan indeks jenayah untuk empat berturut-turut sejak 2010.
"Harapan
kita sehingga hujung tahun ini penurunan kadar jenayah ini akan dapat
dikekalkan kerana ia bukan suatu kerja yang mudah tetapi yang penting
rakyat merasa selamat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan
program Community Policing, 'Fear of Crime' di Perkarangan Tugu Datuk
Peter Majontin, Pekan Donggongon, dekat sini hari ini.
Mengenai
program 'Fear of Crime' itu, Hamza berkata ia merupakan satu daripada
program di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk meningkatkan
Petunjuk Prestasi Utama (KPI), pasukan polis.
Katanya
berdasarkan KPI berkenaan prestasi polis akan dinilai oleh sebuah badan
bebas dengan mengambil kira pandangan keseluruhan rakyat dan bukan
penilaian oleh kontinjen semata-mata.
Terdahulu
dalam ucapannya Hamza berkata, dari Januari hingga November tahun ini,
daerah Penampang merekodkan 661 kes jenayah berbanding 672 kes dalam
tempoh yang sama tahun lalu.
Sumber : BERNAMA