Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan

Diterbitkan: 12 Jun 2014 8.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Langkawi, 26 Disember 2013. Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) telah diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi. Upacara ini tel..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/287-orang-pelatih-polis-bantuan-mahb-tamat-latihan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:58 MYT
Langkawi, 26 Disember 2013. Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) telah diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi. Upacara ini telah dirasmikan oleh ACP Aris @ Arif bin Omar, Komandan PULAPOL Langkawi. 

Seramai 287 orang Pelatih Polis Bantuan MAHB menyertai Upacara Perbarisan Tamat Latihan ini yang terdiri daripada 206 orang lelaki dan 81 orang wanita. Mereka mula mengikuti latihan selama dua bulan bermula 26/10/2013 hingga 26/12/2013. 

Aturcara majlis bermula dengan pemeriksaan baris yang disempurnakan oleh ACP Aris @ Arif bin Omar, Komandan PULAPOL Langkawi. Perbarisan ini diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris Wanita ASP Azura bte Mohamad, Penolong Pegawai Baris Insp. Shafaniza bte Mohd Saffian, SM Hamidah bte Osman dan Kawalan Kehormatan terdiri dari pelatih wanita Polis Bantuan MAHB. Tiga orang pelatih telah terpilih sebagai Pelatih Terbaik iaitu Mohd Shafiq Bin Che Termidzi (Terbaik Akademik), Abdul Quddus Bin Shiriffuddin (Terbaik Latihan Luar) dan Muhammad Fitri Bin Abdullah (Terbaik Keseluruhan). Diakhir upacara, para tetamu jemputan, ibubapa serta ahli keluarga dipertontonkan persembahan Seni Mempertahankan Diri (SMD) dan T-Baton oleh para pelatih. 

Turut hadir jemputan khas Y.Bhg Tuan Haji Mustafa Kamal Bin Haji Alang Othman , Pengurus Besar Keselamatan Penerbangan MAHB, Tuan Zulkifli bin Bashir, Pengurus Kanan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) Malaysia Airport Holdings Berhad, para Pegawai Kanan PULAPOL Langkawi disertai Ibubapa dan keluarga pelatih.


287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
Ketibaan ACP Aris @ Arif bin Omar, Komandan PULAPOL Langkawi


287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
Ucapan oleh ACP Aris @ Arif bin Omar, Komandan PULAPOL Langkawi.
287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
ACP Aris @ Arif bin Omar, Komandan PULAPOL Langkawi memeriksa barisan Kawalan Kehormatan

287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
Lintas Hormat.
287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
Persembahan Seni Mempertahankan Diri (SMD) oleh para pelatih.

287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
Persembahan para pelatih.
287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
Lafaz Ikrar.

287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
Barisan Kawalan Kehormatan.

287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
Sekitar majlis berlangsung.

287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
 Penerimaan Sijil Pelatih Keseluruhan Terbaik, Muhammad Fitri Bin Abdullah.

287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
Tuan Haji Mustafa Kamal Bin Haji Alang Othman menandatangani Buku Pelawat PULAPOL Langkawi.

287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
ACP Aris @ Arif bin Omar, Komandan PULAPOL Langkawi menyerahkan cenderamata kepada  Y.Bhg Tuan Haji Mustafa Kamal Bin Haji Alang Othman , Pengurus Besar Keselamatan Penerbangan MAHB 

287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
287 Orang Pelatih Polis Bantuan Mahb Tamat Latihan
Bergambar kenangan.
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 8.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM