Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Humanitarian Fund For The Children Of Gaza Pdrm Sumbangan Rm50 000

Diterbitkan: 09 Jun 2014 9.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Putrajaya, 19 Februari 2009 - 'Kaum ibu amat tersentuh dengan penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh anak-anak yang menjadi mangsa perang di Gaza'...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/humanitarian-fund-for-the-children-of-gaza-pdrm-sumbangan-rm50-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:26 MYT

Putrajaya, 19 Februari 2009 - "Kaum ibu amat tersentuh dengan penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh anak-anak yang menjadi mangsa perang di Gaza".

"Peperangan telah menyebabkan anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa dan kehilangan orang yang disayangi. Mereka juga kehilangan anggota tubuh dan menjadi cacat seumur hidup. Peperangan telah menggelapkan masa depan mereka".

"Peperangan juga mengganggu psikologi anak-anak dan menyebabkan mereka menjadi trauma".

Demikian kata Datin Seri Jeanne Abdullah isteri Perdana Menteri Malaysia ketika berucap di Majlis Pelancaran Tabung Humanitarian Fund For The Children Of Gaza yang disempurnakan oleh Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia di Dewan Perdana, Sri Perdana, Putrajaya.

Menurut Datin Seri Jeanne, menyedari kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak di Gaza, BAKTI, PUSPANITA, PERKEP dan BAKAT, bersepakat untuk mengadakan tabung itu.

"Kutipan dibuat selama enam bulan dan hasilnya diserahkan kepada UNICEF untuk mengadakan pelbagai program kepada anak-anak Gaza terutamanya dalam bidang pendidikan", ujar Datin Seri Jeanne.

Pada majlis yang bersejarah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), menyumbang sebanyak RM50,000 kepada tabung tersebut. Cek itu diserahkan oleh Puan Sri Juriah Dato Hj. Ahmad Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Polis Diraja Malaysia kepada Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia.


Humanitarian Fund For The Children Of Gaza Pdrm Sumbangan Rm50 000
Ketibaan YAB Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia disambut oleh Inspektor Jeneral Tan Sri Musa Dato Hj. Hassan Ketua Polis Negara

Humanitarian Fund For The Children Of Gaza Pdrm Sumbangan Rm50 000
Sebahagian daripada ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Polis Diraja Malaysia yang hadir memeriahkan majlis yang bersejarah itu.

Humanitarian Fund For The Children Of Gaza Pdrm Sumbangan Rm50 000
Puan Sri Juriah Dato Hj. Ahmad Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Polis Diraja Malaysia menyampaikan cek berjumlah RM50,000 sumbangan warga PDRM kepada YAB Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi
Humanitarian Fund For The Children Of Gaza Pdrm Sumbangan Rm50 000
Sokongan padu .... YAB Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi memberikan tepukan semangat tanda sokongan padu agar seluruh warga negara Malaysia membantu dengan memberikan sumbangan untuk meringankan bebanan yang dihadapi oleh warga Palestin terutamanya kanak-kanak yang teruk menderita

Humanitarian Fund For The Children Of Gaza Pdrm Sumbangan Rm50 000
Y.Bhg. Datin Seri Jeannne Abdullah bergambar kenangan bersama ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Polis Diraja Malaysia yang turut hadir diakhir majlis itu.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 9.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM