Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hindu Sangam Jalin Sefahaman Bersama Pdrm Banteras Gangster

Published: 12 Jun 2014 7.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
BUKIT AMAN, 11 Okt - 'Polis dan Persatuan Hindu Sangam Malaysia telah bersetuju untuk membentuk satu jalinan kerjasama dalam tindakan pemulihan remaja-remaja yang terlibat dengan aktiviti gangsterisme..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hindu-sangam-jalin-sefahaman-bersama-pdrm-banteras-gangster
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:58 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo

HINDU SANGAM JALIN SEFAHAMAN BERSAMA PDRM BANTERAS GANGSTER

BUKIT AMAN, 11 Okt - "Polis dan Persatuan Hindu Sangam Malaysia telah bersetuju untuk membentuk satu jalinan kerjasama dalam tindakan pemulihan remaja-remaja yang terlibat dengan aktiviti gangsterisme di Malaysia", ujar YDH CP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dalam satu sidang media yang berlangsung di Menara II, Kompleks Bukit Aman, pagi tadi.

Persatuan Hindu Sangam Malaysia ditubuhkan pada tahun 1965, mengabungkan lebih 1, 900 buah rumah kuil dan mempunyai lebih kurang 80, 000 ahli di Malaysia.

Delegasi diketuai oleh Y.Bhg Dato' R S Mohan Shan, Pengerusi Persatuan Hindu Sangam Malaysia. Dalam sidang media itu, beliau turut menjelaskan beberapa garis panduan semasa mengadakan upacara perarakan pengkebumian seperti larangan penggunaan tatoo sebarang simbol suci agama hindu, pengibaran sebarang bendera logo atau simbol persatuan, pembakaran mercun dan bunga api dalam upacara, meminum minuman keras di khalayak ramai dan memberhentikan kenderaan jenazah semasa perarakan jenazah sehingga sampai ke tempat pengkebumian.

"Polis akan merujuk kepada pihak Persatuan Hindu Sangam Malaysia jika terdapat keraguan mengenai upacara keagamaan contohnya upacara pengkebumian yang cuba disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu (gangsterisme)", tegas YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah lagi.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah turut menambah, polis bersama-sama Persatuan Hindu Sangam Malaysia akan menganjurkan program-program pameran, ceramah dan nasihat di seluruh Malaysia bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat. Usaha ini memfokuskan golongan remaja atau penuntut sekolah agar tidak dipergunakan oleh mana-mana kumpulan kongsi gelap untuk menjadikan golongan tersebut menjadi ahli baru mereka.

Antara yang hadir ialah YDH DCP Datuk Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), SAC Dato' Jalil bin Hassan, Ketua Pen. Pengarah Bahagian D7 (Kongsi/Judi/Maksiat), Pegawai Kanan Polis dan rakan media.

Hindu Sangam Jalin Sefahaman Bersama Pdrm Banteras Gangster
YDH CP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyampaikan kenyataan media

Hindu Sangam Jalin Sefahaman Bersama Pdrm Banteras Gangster
Y.Bhg Dato' R S Mohan Shan, Pengerusi Persatuan Hindu Sangam Malaysia memberikan kenyataan media

Hindu Sangam Jalin Sefahaman Bersama Pdrm Banteras Gangster
Hindu Sangam Jalin Sefahaman Bersama Pdrm Banteras Gangster
Sekitar sidang media

Hindu Sangam Jalin Sefahaman Bersama Pdrm Banteras Gangster
Hindu Sangam Jalin Sefahaman Bersama Pdrm Banteras Gangster
Antara yang hadir

Hindu Sangam Jalin Sefahaman Bersama Pdrm Banteras Gangster
YDH CP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersalaman dengan Y.Bhg Dato' R S Mohan Shan, Pengerusi Persatuan Hindu Sangam Malaysia tanda jalinan sefahaman dua hala

ArticlePublished 12 Jun 2014 7.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM