Hindu Sangam Jalin Sefahaman Bersama Pdrm Banteras Gangster
Oleh : Kpl Edwind Indo
HINDU SANGAM JALIN SEFAHAMAN BERSAMA PDRM BANTERAS GANGSTER
BUKIT
AMAN, 11 Okt - "Polis dan Persatuan Hindu Sangam Malaysia telah
bersetuju untuk membentuk satu jalinan kerjasama dalam tindakan
pemulihan remaja-remaja yang terlibat dengan aktiviti gangsterisme di
Malaysia", ujar YDH CP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Bukit Aman dalam satu sidang media yang berlangsung di
Menara II, Kompleks Bukit Aman, pagi tadi.
Persatuan
Hindu Sangam Malaysia ditubuhkan pada tahun 1965, mengabungkan lebih 1,
900 buah rumah kuil dan mempunyai lebih kurang 80, 000 ahli di
Malaysia.
Delegasi
diketuai oleh Y.Bhg Dato' R S Mohan Shan, Pengerusi Persatuan Hindu
Sangam Malaysia. Dalam sidang media itu, beliau turut menjelaskan
beberapa garis panduan semasa mengadakan upacara perarakan pengkebumian
seperti larangan penggunaan tatoo sebarang simbol suci agama hindu,
pengibaran sebarang bendera logo atau simbol persatuan, pembakaran
mercun dan bunga api dalam upacara, meminum minuman keras di khalayak
ramai dan memberhentikan kenderaan jenazah semasa perarakan jenazah
sehingga sampai ke tempat pengkebumian.
"Polis
akan merujuk kepada pihak Persatuan Hindu Sangam Malaysia jika terdapat
keraguan mengenai upacara keagamaan contohnya upacara pengkebumian yang
cuba disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu (gangsterisme)", tegas
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah lagi.
Ketua
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah turut menambah, polis bersama-sama
Persatuan Hindu Sangam Malaysia akan menganjurkan program-program
pameran, ceramah dan nasihat di seluruh Malaysia bagi memberikan
kesedaran kepada masyarakat. Usaha ini memfokuskan golongan remaja atau
penuntut sekolah agar tidak dipergunakan oleh mana-mana kumpulan kongsi
gelap untuk menjadikan golongan tersebut menjadi ahli baru mereka.
Antara
yang hadir ialah YDH DCP Datuk Mazlan bin Mansor, Timbalan Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), SAC Dato' Jalil bin Hassan,
Ketua Pen. Pengarah Bahagian D7 (Kongsi/Judi/Maksiat), Pegawai Kanan
Polis dan rakan media.

YDH CP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyampaikan kenyataan media

Y.Bhg Dato' R S Mohan Shan, Pengerusi Persatuan Hindu Sangam Malaysia memberikan kenyataan media


Sekitar sidang media


Antara yang hadir

YDH
CP Dato' Hadi Ho bin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit
Aman bersalaman dengan Y.Bhg Dato' R S Mohan Shan, Pengerusi Persatuan
Hindu Sangam Malaysia tanda jalinan sefahaman dua hala