Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Jutaan terima kasih kerana dapat menjayakan satu majlis yang menjadi majlis yang penuh kenangan bagi saya. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekasaran bahasa, tatakelakuan yang tidak kena..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hilangnya-seorang-tokoh-perancang-ketenteraman-awam-berpengalaman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:11 MYT

Cheras - 12 September 2011

"Jutaan terima kasih kerana dapat menjayakan satu majlis yang penuh kenangan bagi saya, isteri dan keluarga saya. Ini merupakan sebuah lipatan sejarah kepada diri saya khususnya. Saya memanjatkan rasa kesyukuran, rasa gembira, terharu dan bangga yang teramat sangat kerana di pagi ini, kepimpinan tertinggi KDN/KA bersama isteri hadir untuk memeriahkan serta menjayakan majlis ini. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekasaran bahasa dan keterlanjuran laku semasa saya berkhidmat. Semoga kita akan berjumpa lagi dalam suasana dan masa yang lain, saya sebagai orang awam akan terus membantu polis", ujar YDH SAC Dato' Roslan bin Ahmad, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan bersama isteri, Y.Bhg Datin Rossnah binti Kassim, Pengerusi PERKEP PSP Malaysia, di Majlis Perbarisan Persaraan Dan Serah Terima Tugas Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Polis Diraja Malaysia.

Susun atur majlis dimulakan dengan Perbarisan Persaraan yang diadakan di Dataran Kawad, Pasukan Simpanan Persekutuan, Cheras, Kuala Lumpur. Mengisi aturcara adalah pemeriksaan baris oleh YDH Dato' Komander PSP dan penyampaian surat-surat penghargaan kepada Pegawai Kanan Polis, Anggota Polis dan Kakitangan Awam. Selesai acara bergambar di Dataran Kawad PSP, acara diteruskan dengan Majlis Serah Terima Tugas dan Jamuan Hari Raya di Dewan Terbuka PSP, Cheras.  

"Hasrat saya ingin melihat kita memiliki semangat untuk bekerjasama di antara satu sama lain serta berhubung sebagai sebuah keluarga bersepadu. Saya ingin terapkan semangat ini di dalam Jabatan KDN/KA, dan ini adalah amat penting di dalam pasukan PDRM, amnya. Landskap persekitaran dan politik yang ada sekarang mengandungi banyak cabaran. Kita tidak perlu takut dan bimbang sekiranya perlaksanaan tugas yang telah kita lakukan mengikut peraturan ataupun SOP yang telah ditetapkan. Kita akan melihat semula SOP supaya pendekatan khususnya FRU ini mengikut keadaan semasa dan keperluan rakyat, mengekalkan keselamatan masyarakat disamping tidak mengabaikan hak asasi manusia. Saya sebagai pengarah KDN/KA akan sentiasa memberi panduan dan saya meletakkan diri saya sebagai pertahanan kepada semua pegawai serta anggota yang berada di bawah jabatan KDN/KA ini", saran YDH Pengarah Jabatan KDN/KA kepada Pegawai dan Anggota PSP, pagi ini.

"Curahan bakti Dato' dan Datin di dalam pasukan PDRM tidak akan terbalas. Sekali lagi bagi pihak Jabatan KDN/KA dan PDRM khususnya merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato' dan Datin serta keluarga. Selamat bersara, selamat maju jaya dan semoga jumpa lagi", YDH CP Pengarah Jabatan KDN/KA mengakhiri ucapan.

Turut hadir Y.Bhg Datin Puziah binti Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Kepolisan/ Pencegahan Jenayah), YDH SAC Dato' Sueb bin Abdullah, Timbalan Pengarah II Jabatan KDN/KA (Operasi), YDH SAC Dato' Jaafar bin Mohd Yusof, Komander Unit Tindakan Khas, YDH SAC Dato' Isa bin Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin, YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC Kamarulzaman bin Md. Jan, Komander Unit Udara PDRM, Dato'-Dato', Datin-Datin, Pegawai-Pegawai Unit, Perkep-Perkep Unit, Pegawai Kanan Polis dan Anggota Polis.

Majlis Serah Terima Tugas adalah di antara YDH SAC Dato' Roslan bin Ahmad, Komander PSP dan YDH P/ACP Jamaludin bin Abd Rahman, Timbalan PSP, disaksikan oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam.

Perbarisan Persaraan YDH Komander Pasukan Simpanan Persekutuan
Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman
Membalas tabik Hormat Panglima dari Kawalan Kehormatan

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman
Pemeriksaan baris oleh YDH Komander PSP diiringi oleh Pegawai Pemerintah Baris

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman
Antara Pegawai Kanan yang hadir

Penyampaian Surat Penghargaan
Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman


Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman
Tiga kali laungan 'Serang' kepada YDH Dato' Komander PSP

Sesi Bergambar
Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman


Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman
Ketibaan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasidm, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kententeraman Awam

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman
YDH Pengarah Jabatan KDN/KA menandatangani Buku Pelawat

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman
Ucapan YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman
Ucapan YDH Dato' Komander PSP

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman
Upacara menandatangani Serah Terima Tugas

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman
Upacara penyerahan Tongkat Kuasa dan Fail Penugasan

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman
Penyerahan Jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA

Penyampaian Cenderahati Kenangan
Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Bermesra Sambil Melawat Gerai Jamuan Hari Raya
Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman


Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman
Antara yang hadir

Penyampaian Sampul Raya Kepada Anak-Anak Anggota PSP
Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman
Majlis dihiburkan oleh pencaragam PSP

Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman
YDH Komander PSP dibawa dengan kereta berkuda buat kali terakhir. Selamat Bersara YDH Dato'


Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo dan L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor


ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM