Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Henti Sebar Gambar

Diterbitkan: 10 Apr 2015 12.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
SEMENYIH: Pihak polis meminta orang ramai agar tidak menyebarkan kononnya keadaan mangsa nahas helikopter di media sosial kerana kesahihan gambar itu diragui sumbernya selain ia boleh mengguris hati keluarga mangsa yang masih bersedih dan terkejut dengan kejadian itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/henti-sebar-gambar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:56 MYT

 

SEMENYIH: Pihak polis meminta orang ramai agar tidak menyebarkan kononnya keadaan mangsa nahas helikopter di media sosial kerana kesahihan gambar itu diragui sumbernya selain ia boleh mengguris hati keluarga mangsa yang masih bersedih dan terkejut dengan kejadian itu.

Difahamkan, beberapa gambar menunjukkan mayat dalam keadaan ngeri kononnya mangsa nahas mula tersebar dalam media sosial sejak tiga hari lalu. Namun begitu gambar yang kini viral itu boleh diragui kerana ia mungkin gambar nahas helikopter yang berlaku di negara luar.

Ketua Polis Selangor Datuk Abd Samah Mat berkata, penyebaran gambar itu perlu diteliti pihaknya terlebih dahulu memandangkan ia sensitif melibatkan perasaan keluarga mangsa.

Sumber : Harian Metro
Henti Sebar Gambar

 

ArtikelDiterbitkan 10 Apr 2015 12.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM