Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Henikwon Corporations Sdn Berhad Sumbang Rm100 000 Untuk Anak Anak Pdrm Cemerlang

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.02 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Bukit Aman - Mei 2008. Majlis Penyerahan cek sumbangan Henikwon Corporations Sdn. Berhad kepada PDRM telah berlangsung di Auditorium PDRM...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/henikwon-corporations-sdn-berhad-sumbang-rm100-000-untuk-anak-anak-pdrm-cemerlang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:50 MYT

Bukit Aman - Mei 2008. Majlis Penyerahan cek sumbangan Henikwon Corporations Sdn. Berhad kepada PDRM telah berlangsung di Auditorium PDRM.

Cek bernilai RM100,000 itu telah disampaikan oleh Dato' Bryce B. H. Kwon, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Henikwon Corporations Sdn. Bhd kepada Tan Sri Dato' Seri Musa Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara mewakili PDRM.

Henikwon Corporations Sdn. Berhad telah menyumbangkan kali pertama pada November 2006 sebanyak RM100,000 kepada Cawangan Kebajikan PDRM . Wang tersebut  telah disalurkan kepada anak-anak pegawai serta anggota PDRM yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan matrikulasi.

Hadir sama menyaksikan penyerahan cek tersebut ialah Dato' Ismail Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Abdul Razak Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan, Dato' Mashuri Zainal, Pengarah Jabatan Logistik dan DCP Dato' Harun Idris, Timbalan Pengarah I, Cawangan Khas, SAC I Zaleha Abd. Rahman , Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) dan Supt. Azizi Mohd Yusof, Pegawai Kebajikan PDRM.

Henikwon Corporations Sdn Berhad Sumbang Rm100 000 Untuk Anak Anak Pdrm Cemerlang
Dato' Bryce B. H. Kwon, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Henikwon Corporations Sdn. Bhd menyerahkan cek bernilai RM 100,000 kepada Tan Sri Dato' Seri Musa Dato' Hj. Hassan, Ketua Polis Negara mewakili PDRM.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.02 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM