Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Helah Tuntut Insurans Tak Menjadi

Published: 19 Jul 2018 12.13 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Cuba menipu polis kononnya kereta dimiliki hilang dilarikan penjenayah semata-mata mahu menuntut wang daripada syarikat insurans.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/helah-tuntut-insurans-tak-menjadi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:34 MYT

Cuba menipu polis kononnya kereta dimiliki hilang dilarikan penjenayah semata-mata mahu menuntut wang daripada syarikat insurans.

Itu helah seorang seorang ahli perniagaan yang mcmbuat laporan polispalsu mengenai kereta miliknya yang didakwa hilang di Bukit Puchong, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Assisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, ketika membuat laporan, pihaknya mendapati wujud keraguan berhubung keterangan lelaki berusia 33 tahun itu.

''Kereta model Peugeot milik 'mangsa' tidak hilang sebaliknya digunakan adik lelaki.

"Lelaki itu kemudian menukar kenyataan memaklumkan kereta itu tidak hilang. Suspek dipercayai bertindak membuat laporan palsu kerana mahu menuntut insurans kereta terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohammad Azlin berkata, lelaki itu kini disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Sumber: Harian Metro

ArticlePublished 19 Jul 2018 12.13 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM