
Hebahan Perubahan Tarikh Panggilan Dokumentasi Pengambilan Khas Bukan Bumiputera Bagi Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1 Lelaki Dan Wanita
Perubahan tarikh panggilan dokumentasi pengambilan khas bukan bumiputera bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki dan Wanita) adalah untuk negeri Pahang sahaja.
Tarikh panggilan dokumentasi yang dijadualkan pada 29 April 2021 telah diawalkan ke 24 April 2021 dan calon dikehendaki hadir pada tarikh baharu tersebut.
Lokasi panggilan dokumentasi pula kekal tidak berubah seperti ketetapan dalam surat panggilan yang diterima.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian Help Desk, 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di laman Instagram dan Facebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM.