Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan Penjual Kuih Didakwa Bunuh Allahyarham Konstabel Muhammad Iqbal

Diterbitkan: 23 Apr 2021 5.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
George Town, 23 April 2021 - Seorang penjual kuih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dakwaan menyebabkan kematian seorang anggota polis dalam kejadian 17 April lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-penjual-kuih-didakwa-bunuh-allahyarham-konstabel-muhammad-iqbal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:16 MYT

George Town, 23 April 2021 - Seorang penjual kuih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dakwaan menyebabkan kematian seorang anggota polis dalam kejadian 17 April lalu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd Arafat Taufik, 35, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Mohd Arafat didakwa membunuh Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan, 22, dengan cara memandu secara bahaya iaitu menghimpit motosikal mangsa dan menyebabkan dia jatuh lalu menyebabkan kematian.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Utama di sini, antara 1 pagi hingga 2 pagi pada 17 April lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/…/penjual-kuih-didakwa-bunuh-angg…

Sumber: Harian Metro

Update Artikel Pilihan Penjual Kuih Didakwa Bunuh Allahyarham Konstabel Muhammad Iqbal
ArtikelDiterbitkan 23 Apr 2021 5.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM