Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hebahan Penutupan Jalan Berperingkat Sempena Asean Summit 2025

Diterbitkan: 22 Oct 2025 1.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sempena Sidang Kemuncak ASEAN SUMMIT ke-47, beberapa laluan utama di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup secara berperingkat mulai 23 hingga 28 Oktober 2025 bagi tujuan persiapan serta pelaksanaan acara tersebut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-penutupan-jalan-berperingkat-sempena-asean-summit-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:44 MYT


Sempena Sidang Kemuncak ASEAN SUMMIT ke-47, beberapa laluan utama di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup secara berperingkat mulai 23 hingga 28 Oktober 2025 bagi tujuan persiapan serta pelaksanaan acara tersebut.

Penutupan jalan akan bermula dari 23 hingga 25 Oktober 2025 (Khamis hingga Sabtu) bagi Persiapan dan “Dry Run”, manakala dari 26 hingga 28 Oktober 2025 (Ahad hingga Selasa) pula bagi Hari Utama (Rolling Closure), antara 8.00 pagi hingga 7.00 malam (mengikut keperluan). Semua laluan akan dibuka seperti biasa pada 29 Oktober 2025 (Rabu).

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan trafik, dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam bagi melancarkan pergerakan serta menjaga keselamatan bersama.

Sumber: Polis KL

ArtikelDiterbitkan 22 Oct 2025 1.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM