Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Dua Sindiket Dadah Tumpas Babit Rampasan Rm3 85 Juta

Diterbitkan: 22 Oct 2025 1.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 22 Oktober 2025 - Polis menumpaskan dua sindiket dadah di sekitar Lembah Klang menerusi enam serbuan dengan penangkapan enam individu membabitkan rampasan RM3.85 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-dua-sindiket-dadah-tumpas-babit-rampasan-rm3-85-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:26 MYT


Kuala Lumpur, 22 Oktober 2025 - Polis menumpaskan dua sindiket dadah di sekitar Lembah Klang menerusi enam serbuan dengan penangkapan enam individu membabitkan rampasan RM3.85 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Fadil Hj. Marsus berkata, bertindak atas maklumat risikan pengedaran dadah pada 14 hingga 17 Oktober lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melancarkan enam siri serbuan di Kuala Lumpur dan Selangor dan menahan tiga lelaki tempatan serta tiga wanita warga asing berusia 33 hingga 61 tahun.

Katanya, serbuan pertama pada jam 1.10 tengah hari berjaya menahan seorang lelaki menaiki Perodua Myvi di kawasan sebuah pasar raya di Maluri, Cheras dan menemui 1,000 paket plastik disyaki serbuk Methylenedeioxy Methamphetamine (MDMA) seberat 18,310 gram.

“Serbuan kedua pada jam 1.30 tengah hari pula menahan lelaki di tepi jalan sekitar Pandan Perdana, Ampang Jaya di mana hasil tangkapan membawa polis ke sebuah rumah di Pandan Perdana.

“Pemeriksaan di dalam rumah kemudian menahan wanita warga asing bersama dadah serbuk MDMA seberat 990 gram, pil Erimin 5 (195 gram), Ketamin (32.78 gram) dan pil Ekstasi (52.81 gram),” katanya pada sidang media di IPK Kuala Lumpur, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.


May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 22 Oct 2025 1.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM