
Artikel
Artikel Pilihan Sidang Kemuncak Asean Polis Sedia Hadapi Kemungkinan Ancaman Ekstremisme Kpn
Kuala Lumpur, 21 Oktober 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi tumpuan terhadap sebarang kemungkinan ancaman ekstremisme dan pengganas, yang mungkin cuba...
Kuala Lumpur, 21 Oktober 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi tumpuan terhadap sebarang kemungkinan ancaman ekstremisme dan pengganas, yang mungkin cuba mengambil kesempatan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berlangsung pada 26 hingga 28 Okt nanti.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata selain itu, ancaman keselamatan siber dan potensi tunjuk perasaan tidak terkawal serta pengurusan trafik di sekitar lokasi utama persidangan, juga dikenal pasti sebagai antara cabaran utama semasa persidangan itu berlangsung.
“Bagi menghadapi cabaran tersebut, langkah-langkah proaktif telah diambil termasuk risikan awal, pemantauan berterusan, serta penempatan pasukan tindakan khas di lokasi strategik.
“Sebanyak 10,170 pegawai dan anggota PDRM telah digerakkan bagi melaksanakan penugasan keselamatan sepanjang acara berprestij itu berlangsung,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini berhubung kesiapsiagaan PDRM dalam menghadapi persidangan yang dihadiri oleh ramai pemimpin utama dunia itu.
Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid berkata penugasan berkenaan turut melibatkan penggunaan pelbagai aset darat dan udara termasuk dron pemantauan, kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi tinggi dan sistem komunikasi taktikal bersepadu.
Sumber: Bernama