
Article
Hebahan Penangguhan Tarikh Lapor Diri Calon Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1 Lelaki Di Pulapol Air Hitam Dan Pulapol Segamat Pada 23 Mei 2021
Semua calon jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) yang telah menerima surat dan diarahkan melapor diri di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam dan PULAP...
Semua calon jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) yang telah menerima surat dan diarahkan melapor diri di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam dan PULAPOL Segamat pada 23 Mei 2021 dikehendaki tidak melapor diri pada tarikh berkenaan.
Tarikh baharu lapor diri bagi calon jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) ini akan dimaklumkan pada masa akan datang.
Semua calon dinasihatkan untuk menjaga keselamatan, kesihatan diri dan tidak terlibat dalam sebarang salah laku dalam tempoh penangguhan ini dilaksanakan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-2266 8348/8350/8351 seperti yang tertera di laman Instagram dan Facebook Unit Pengambilan PDRM.