Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Pkp 3 0 Banyak Helah Nak Balik Raya Polis Perketat Sjr

Diterbitkan: 12 May 2021 12.30 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kulai, 12 Mei 2021 - Pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) sempena Aidilfitri terpaksa diperketatkan kerana terdapat banyak helah digunakan oleh orang ramai untuk pulang beraya di kampung halaman.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-artikel-pilihan-pkp-3-0-banyak-helah-nak-balik-raya-polis-perketat-sjr
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:16 MYT

Kulai, 12 Mei 2021 - Pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) sempena Aidilfitri terpaksa diperketatkan kerana terdapat banyak helah digunakan oleh orang ramai untuk pulang beraya di kampung halaman.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, polis memahami sentimen orang ramai yang terpaksa berbaris atau tersekat lebih dua hingga tiga jam dalam SJR, namun menegaskan tindakan itu perlu dibuat demi memastikan arahan kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dapat dijayakan dengan baik.

“Kita tidak mahu ada yang terlepas dan menipu kita di SJR sebab berbagai taktik yang digunakan oleh orang ramai sekarang, bermacam surat diberikan kepada kita.

“Misalnya, guna pas pekerja untuk balik. Tempoh hari di SJR Bentong (Pahang), terdapat sebuah van membawa 15 orang kononnya hendak pergi kerja di Terengganu tetapi apabila kita buat pemeriksaan lanjut, rupa-rupanya mereka gunakan pas kerja untuk balik raya. Perkara macam ini yang berlaku sekarang. Orang ramai cuba sedaya upaya menggunakan pelbagai taktik,” katanya.

Dato' Sri Abd Rahim berkata demikian ketika ditanya tentang kemungkinan berlaku lagi konfrontasi pengguna jalan raya dengan pihak polis ekoran kesesakan melampau di SJR, seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan polis telah mengeluarkan lebih 100,000 kompaun sejak 18 Mac tahun lepas atas pelbagai kesalahan melanggar undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.

"Kompaun paling banyak adalah berkaitan kesalahan tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal. Pada ketika ini, operasi pematuhan SOP lebih banyak tertumpu kepada kelab malam yang dibuka,” katanya.

Sumber: BERNAMA

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1961255&fbclid=IwAR3B8pcOSMNjBbE22bs60p5shjiKhHLTVrckTqRuoTJuQzZckr0xweqFDwA

ArtikelDiterbitkan 12 May 2021 12.30 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM