
Artikel
HEBAHAN: PENANGGUHAN TARIKH LAPOR DIRI CALON DI PULAPOL AIR HITAM, PULAPOL SEGAMAT, PULAPOL DUNGUN DAN PULAPOL KUALA LUMPUR BAGI JAWATAN INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/WANITA) DAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI/WANITA) PADA BULAN SEPTEMBER 2021
Semua calon jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita) dan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/Wanita) yang telah menerima surat dan diarahkan melapor diri...
Semua calon jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita) dan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/Wanita) yang telah menerima surat dan diarahkan melapor diri pada bulan September 2021 dikehendaki TIDAK melaporkan diri pada tarikh berkenaan.
Tarikh baharu lapor diri akan dimaklumkan kelak.
Semua calon DIWAJIBKAN untuk melengkapkan suntikan vaksin sebelum tarikh lapor diri yang baharu kelak.
Semua calon dinasihatkan juga untuk menjaga keselamatan, kesihatan diri dan tidak terlibat dalam sebarang salah laku dalam tempoh penangguhan ini dilaksanakan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Pengambilan di talian berikut, 03- 22668348 atau 8350 atau 8351.
Sumber: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia