Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hebahan Lima 23 Pameran Aset Demonstrasi Maritim Pameran Kerjaya Dan Kaunter Saman Pdrm 20230518

Published: 18 May 2023 2.19 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan turut mengambil bahagian dalam Pameran Maritim dan Teknologi Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang bakal membuka tirainya pada 23 hingga 27 Mei 2023 di Pulau Langkawi, Kedah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-lima-23-pameran-aset-demonstrasi-maritim-pameran-kerjaya-dan-kaunter-saman-pdrm-20230518
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:39 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan turut mengambil bahagian dalam Pameran Maritim dan Teknologi Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang bakal membuka tirainya pada 23 hingga 27 Mei 2023 di Pulau Langkawi, Kedah.

Elemen-elemen PDRM yang terlibat adalah dari Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Udara, Komando 69, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Cawangan Persenjataan Bukit Aman, Bahagian Pengambilan Bukit Aman serta Muzium PDRM.

Orang ramai dialu-alukan untuk hadir menyaksikan pameran aset-aset Pasukan, demonstrasi maritim, pameran kerjaya serta kaunter saman trafik yang akan diadakan sepanjang acara berlangsung. Ketetapan jadual masuk para pengunjung adalah mengikut kategori dan lokasi seperti di lampiran.

Jadi, apa tunggu lagi!? Ayuh sama-sama kita memeriahkan LIMA’23 pada kali ini. Inilah juga peluang untuk anda melihat kehebatan aset-aset udara dan maritim dari 30 buah negara!

Layari Facebook Rasmi LIMA ’23 di https://www.facebook.com/2023LIMA untuk mendapatkan pelbagai informasi menarik berkaitan acara bertaraf dunia itu.
 
ArticlePublished 18 May 2023 2.19 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM