Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Pm Peringkat Negeri Perak

Diterbitkan: 18 May 2023 3.30 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 18 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di perkarangan Sunway Lost World Of Tambun, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-hadir-rumah-terbuka-malaysia-madani-bersama-pm-peringkat-negeri-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:07 MYT
 
Ipoh, 18 Mei 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di perkarangan Sunway Lost World Of Tambun, di sini, malam tadi.

Beliau yang tiba kira-kira jam 7.50 malam turut bersama PM dan isteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengiringi keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bersama DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat hadir, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa bersama DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nazhatul Shima binti Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

KPN seterusnya dibawa ke meja tetamu utama dengan dihidangkan pelbagai juadah tradisi Hari Raya Aidilfitri. Beliau kemudiannya turut beramah mesra dengan tetamu kenamaan serta masyarakat yang hadir memeriahkan majlis.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin, barisan Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Dr. Zulkapli Mohamad, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah serta Ketua Polis Perak, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of ‎8 people, dais and ‎text that says '‎رUي يه Rumah Terbuka Malaysia Madani @HAK YAB PERDANA MENTERI BERSAMA PERINGKAT NEGERI P

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 8 people, flower, dais and text

May be an image of 1 person, lighting and crowd


ArtikelDiterbitkan 18 May 2023 3.30 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM