Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hebahan Lima 23 Larangan Terbangkan Dron Tanpa Kebenaran Di Langkawi

Published: 08 May 2023 1.30 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Orang ramai diingatkan supaya tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sepanjang penganjuran Search and Rescue Exercise (SAREX) LIMA ‘23 yang akan bermula pada 9 hingga 11 Mei 2023 di Langkawi, Kedah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-lima-23-larangan-terbangkan-dron-tanpa-kebenaran-di-langkawi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:08 MYT
Orang ramai diingatkan supaya tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sepanjang penganjuran Search and Rescue Exercise (SAREX) LIMA ‘23 yang akan bermula pada 9 hingga 11 Mei 2023 di Langkawi, Kedah.

Larangan ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku terutamanya membabitkan aspek keselamatan orang ramai serta pasukan penyelamat yang sedang melaksanakan latihan mencari dan menyelamat di beberapa lokasi utama sekitar pulau peranginan tersebut. Tindakan menerbangkan dron tanpa kebenaran juga boleh mengganggu pergerakan latihan yang melibatkan aset udara khususnya helikopter.

Semua aktiviti pengendalian dron di Malaysia adalah tertakluk di bawah Seksyen 4, Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, 140-144, Peraturan- Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs).

May be an image of 5 people, helicopter, ambulance and text
ArticlePublished 08 May 2023 1.30 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM