Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hassan Budu Tersungkur

Published: 13 Oct 2014 3.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
JERTIH, 13 Oktober - Selepas diburu sejak lebih dua lahun lalu. Hassan Budu atau nama sebenarnya Samsul Bahari AwanG Noh, 39, yang mengepalai sindiket curi kereta, antara terbesar di Malaysia selain pernah dipenjarakan, berbalas tembakan dengan anggota polis dan merempuh kereta dinaiki anggota polis yang mahu menahannya akhirnya tumpas selepas terbabit kemalangan ketika dikejar pemilik kenderaan yang dicurinya, di Kampung Padang Tapong, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hassan-budu-tersungkur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:40 MYT

JERTIH, 13 Oktober - Selepas diburu sejak lebih dua lahun lalu. Hassan Budu atau nama sebenarnya Samsul Bahari AwanG Noh, 39, yang mengepalai sindiket curi kereta, antara terbesar di Malaysia selain pernah dipenjarakan, berbalas tembakan dengan anggota polis dan merempuh kereta dinaiki anggota polis yang mahu menahannya akhirnya tumpas selepas terbabit kemalangan ketika dikejar pemilik kenderaan yang dicurinya, di Kampung Padang Tapong, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata,  tanpa berlengah kontraktor terbabit mengekori kenderaan itu apabila yakin Mitsubishi Pajero yang dilihat adalah miliknya berdasarkan bentuk rim dan ruang tayar ganti di belakang kenderaan.

"Siasatan awal poiis mendapati lelaki terbabit adalah penjenayah tegar dikenali sebagai Hassan Budu yang dipercayai mengetuai sindiket curi kenderaan serta aktif menjalankan kegiatan itu di Lembah Klang, Pahang, Kelantan dan negeri ini sejak 2012 lalu,”katanya.

Hassan Budu Tersungkur

Sumber: Harian Metro

ArticlePublished 13 Oct 2014 3.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM