Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Saksi Utama Kes Bunuh Diburu

Diterbitkan: 13 Oct 2014 4.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Port Dickson, 13 Oktober- Polis memburu dua lelaki dan dua wanita yang gagal menghadiri perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi di Seremban sejak dua tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-saksi-utama-kes-bunuh-diburu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:42 MYT
Port Dickson, 13 Oktober- Polis memburu dua lelaki dan dua wanita yang gagal menghadiri perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi di Seremban sejak dua tahun lalu.

Individu pertama dicari adalah G Ramaya, 30, dengan alamat terakhir No 334, Jalan Arowana lO, Taman Arowana Indah, Seremban atau No 41 Ladang Labu A, Labu, Seremban.

Turut dikesan M Segaran, 27, Blok Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor; A Kumutha, 30, L-3-3, Flat Taman Ros Merah. Nilai atau No 4, Ladang Labu Bi, Ladang Labu, Labu, Seremban dan S Punitha, 25, No 14, Jalan 6, Taman Kajang Bam, Sungai Jelok, Kajang, Selangor.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha, berkata empat individu itu adalah saksi utama kes pembunuhan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, ketiadaan mereka menyukarkan perbicaraan kes pembunuhan sepasang suami isteri di ladang kelapa sawit Sungai Salak, Sihau, Lukut, di sini pada 5 Mac 2012 antara jam 8 pagi hingga 1030 pagi.

Polis berusaha menjejak mereka di setiap alamat yang diberikan dan memohon kerjasama sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan saksi itu supaya tampil bekerjasama," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Empat Saksi Utama Kes Bunuh Diburu
Sumber: Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 13 Oct 2014 4.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM