Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hasil Soal Siasat Polis Berjaya Temui Mayat Kevin Morais

Diterbitkan: 16 Sep 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Penemuan mayat itu adalah susulan siasatan yang dijalankan pihak polis terhadap tujuh suspek warga tempatan, termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak, yang ditahan sejak semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hasil-soal-siasat-polis-berjaya-temui-mayat-kevin-morais
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:57 MYT

Petaling Jaya, 16 Sept - Mayat ditemukan dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya dekat sini awal pagi ini adalah 99 peratus sah Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak 4 Sept lepas, menurut polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pihaknya bagaimanapun masih perlu mendapatkan pengesahan selanjutnya daripada anggota keluarga Morais.

"Bedah siasat ke atas mayat akan dilaksanakan kira-kira pukul 2 petang di Hospital Kuala Lumpur," katanya pada sidang berita di lokasi penemuan mayat berkenaan, hari ini.

Beliau berkata penemuan mayat itu adalah susulan siasatan yang dijalankan pihak polis terhadap tujuh suspek warga tempatan, termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak, yang ditahan sejak semalam.

Seorang daripada suspek telah membawa pihak polis ke lokasi tong itu pagi ini di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah berhampiran Sungai Klang, katanya.

"Apabila ditunjuk suspek, kita dapatkan bantuan Jabatan Bomba dan patalogist untuk tarik tong pada pukul 8 pagi. Lepas tong drum dipecahkan jumpa satu mayat yang kita percaya adalah mendiang yang hilang," katanya.
-BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 16 Sep 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM