Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Inter Forces Games 2010 yang menyaksikan perlawanan dalam pelbagai acara antara pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Singapore Police Force (SPF) telah menutup tirainya pada hari ini. Majlis Grand..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/harimau-pdrm-menjuarai-inter-forces-games-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:04 MYT

Kuala Lumpur - 16 Disember 2010.

Inter Forces Games 2010, acara sukan yang bermula pada 14 Disember hingga 17 Disember 2010 antara pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Singapore Police Force (SPF) telah menutup tirainya pada hari ini. Majlis Grand Dinner telah diadakan di Orchid Ballroom, Park Royal Hotel Bukit Bintang pada malam ini.

Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dan CP Singapore, Mr. Ng Joo Hee. Ketua Polis Negara selaku Presiden Majlis Sukan PDRM berharap hubungan di antara PDRM dan SPF akan lebih erat lagi melalui Inter Forces Games. Ia diibaratkan sebagai satu platform yang berkesan dalam membina jambatan serta memperbaiki hubungan yang telah lama terjalin antara agensi penguatkuasa undang-undang Malaysia dan Singapura.

Seramai 238 peserta telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan seperti golf, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, badminton, bola sepak terbuka dan bola sepak kategori pegawai kanan.

Inter Forces Games yang berlangsung setahun sekali dan penggiliran tuan rumah secara berselang-seli. Pasukan ‘Harimau’ PDRM yang menjadi pemenang keseluruhan pada tahun ini akan cuba mengekalkan statusnya untuk tahun hadapan .

Pasukan SPF amat berpuas hati dengan layanan mesra yang diberikan oleh PDRM, menurut SUPT How Kwang Hwee semasa ditemubual. Tambah beliau lagi, pihak SPF akan membalas layanan yang mesra kepada PDRM di Singapura pada tahun hadapan. Ini merupakan kali pertama beliau mengambil bahagian, beraksi dalam Inter Forces Games untuk acara golf.

Majlis Grand Dinner ini turut memberi peluang kepada peserta kedua-dua pasukan ini untuk beramah mesra mengeratkan siratulrahim antara pasukan PDRM dan SPF. Dikesempatan ini juga, CP Ng Joo Hee sempat  menyampaikan serangkap pantun untuk PDRM:

Meminum air di Sungai Krian,
Sisek kelisa memukau hati,
Jalin persahabatan menerusi sukan,
Tak akan rugi, malah diberkati.

Senarai keputusan Inter Forces Games 2010

 

ACARA

PASUKAN

PDRM

SPF

GOLF

JOHAN

-

BOLA SEPAK (TERBUKA)

1

0

BOLA SEPAK  (PEGAWAI KANAN)

2

1

BADMINTON

5

2

BOLA JARING

31

22

BOLA TAMPAR

3

1

SEPAK TAKRAW

2

1

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
DAC Keok Tong San bertukar cenderahati dengan YDH SAC Dato' Rosli bin Abdul Rahman.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Tidak ketinggalan CP Ng Joo Hee, Ketua Polis Singapura bertukar cenderahati dengan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Bergambar kenangan sebelum memulakan perlawanan golf antara PDRM (Polis DiRaja Malaysia) dan SPF (Singapore Police Force).

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Dari kiri YDH DCP Dato' HJ. Ghazali Hj. Md. Amin, Setia Usaha Polis Diraja Malaysia (SUPM), CP Ng Joo Hee, Ketua Polis Singapura, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan DAC Keok Tong San.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
YDH Ketua Polis Negara melakukan pukulan di Tee 4.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
YDH DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin dengan gaya pukulan beliau tersendiri.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Ketibaan CP Ng Joo Hee, Ketua Polis Singapura disambut oleh YDH Ketua Polis Negara petang bagi acara yang dijalankan di padang PULAPOL, Kuala Lumpur.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Kategori terbuka yang menemukan pasukan RMP (jersi putih) dan SPF (jersi biru). Pasukan RMP mengalahkan SPF dengan jaringan 1 berbalas 0.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Menyaksikan perlawanan sengit antara RMP dan SPF.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Kategori Senior Officer di antara RMP (jersi biru) dan SPF (jersi merah) yang berakhir RMP menang dengan jaringan 2  berbalas 1.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Si cilik penyokong Singapura dibawa bersama bagi penyampaian hadiah di akhir perlawanan.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
CP Mr Ng Joo Hee menyampaikan hadiah johan kepada kumpulan pasukan bola RMP .

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Antara yang hadir penutup RMP Sports Council Grand Dinner yang berlangsung di Park Royal Hotel, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
CP Ng Joo Hee menyampaikan piala juara Interforces Games Challenge 2010 Kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Dato' Zaleha binti Abd. Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) bertukar cenderahati dengan AC Tan Chye Hee, Ketua Persatuan Sukan Pasukan Polis Singapura.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Seni mempertahankan diri dipersembahkan oleh PDRM malam itu..

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Persembahan ahli bina badan PDRM juga turut membuat persembahan peragaan otot..

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Persembahan enam kali juara Mr. Universe memukau hadirin yang hadir malam itu.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Tidak ketinggalan persembahan solo daripada CP Ng Joo Hee dengan lagu berjudul Ni Wen Wo Ai  penyanyi asal oleh Teresa Teng.

Harimau Pdrm Menjuarai Inter Forces Games 2010
Persembahan koir terdiri semua wakil Singapura dengan lagu berjudul We Are The World penyanyi asal oleh Micheal Jackson.

Jurufoto    : L/Kpl Edwin Indo dan Konst Raymond Martin
Wartawan   : L/Kpl Syamsul Baharin bin Mohamed
Penyunting : Insp Md. Aruwan bin Md. Amilah

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM