Hari Terakhir Kempen Di Tenang Tan Sri Haji Ismail Turun Padang
LABIS, 29 Januari 2010 - Hari ini merupakan kempen terakhir bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N 05 Tenang. Bagi kesemua petugas polis Ops Undi PRK DUN Tenang, hari ini merupakan hari yang bertuah kerana YDH IG Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar telah turun sendiri melihat keadaan para petugas. Walaupun keadaan cuaca hujan sepanjang hari namun ia tidak menghalang YDH IG untuk turun bersua muka dan memberi semangat kepada para petugas. Tan Sri Ismail tiba di Markas Tektikal PDRM (MARTEK) Labis pada jam 1130 pagi tadi dari lawatannya di Melaka.
Dalam ucapannya di Dewan Serbaguna MARTEK, beliau meminta supaya setiap petugas bersiap siaga dalam menjalankan tugas semasa Ops ini. Beliau amat berpuas hati dengan tahap kemudahan serta kebajikan terhadap petugas-petugas dan menurut beliau lagi, jika dibandingkan semasa beliau menjadi pegawai muda 30 tahun yang lalu ia amatlah berbeza dari segi kemudahan yang dinikmati sekarang. Beliau turut berpesan supaya para petugas menitikberatkan tanggungjawab, amanah, dan juga peranan di mana ia menjadi lambang kepada PDRM dalam memberi khidmat kepada masyarakat dan memastikan masyarakat boleh keluar mengundi (esok) tanpa sebarang halangan atau gangguan terhadap kelancaran lalulintas.
Turut hadir dalam majlis ini ialah YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah KDN/KA, YDH DCP Dato' Hj Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah KDN/KA, DCP Dato' Mohd Mohktar bin Hj Mohd Shariff, Ketua Polis Johor dan SAC Dato' Hj Jalaluddin bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Johor.
MARTEK PDRM Labis yang dibina dalam bentuk khemah-khemah di atas tanah seluas 12 ekar ini mempunyai pelbagai kemudahan asas seperti tempat kediaman (berhawa dingin), dewan makan, surau, pejabat, klinik, bilik media, bengkel kenderaan, dobi, dan sebagainya. Sejumlah petugas dari pelbagai pangkat menginap di MARTEK ini termasuklah YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar Shariff, Ketua Polis Johor sendiri.
YDH Tan Sri Hj Ismail tiba di MARTEK Labis, Johor
"Officer on the ground'- YDH Tan Sri Hj Ismail diiringi Dato' Khalid bin Abu Bakar (Pengarah KDN/KA) berjalan melalui kawasan lecah.
Tan Sri Hj Ismail semasa menyampaikan amanat kepada para petugas di Dewan Serbaguna MARTEK.
Ketua Polis Johor, DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff turut memberikan ucapan.
Dewan yang dibanjiri oleh petugas-petugas yang sedang mendengar amanat dari KPN.
Tidak melepaskan peluang - Beberapa anggota mengambil kesempatan untuk bergambar bersama KPN
Prihatin - Tan Sri Ismail bertanyakan sesuatu kepada seorang Pegawai Kanan.
Kelihatan beberapa petugas sedang beratur mengambil makanan di Dewan Makan MARTEK
Beberapa Pegawai Kanan sedang menjamu selera di Dewan Makan Pegawai Kanan
Tuntutan agama tidak diabaikan. Kelihatan beberapa petugas sedang menunaikan solat di surau.
Kemudahan asas - L/Kpl 157908 Asmad sedang mendapatkan rawatan di Klinik MARTEK.
"Siap siaga" - inilah antara motosikal berat kegunaan petugas dari Cawangan Trafik dalam Ops Undi PRK Tenang.
Bersedia berkhidmat di mana saja - Kpl Norazmin dan Konst Fikhri sedang membuat penugasan di 'beat base 1' yang terletak kira-kira 10 Km dari Pekan Labis.
Wartawan & Jurufoto: L/Kpl Syamsul Baharin bin Mohamed
Penyunting : C/Insp Adzzi bin Ismail