Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 219 Setitis Darah Sejuta Harapan

Diterbitkan: 18 Jun 2026 12.58 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.55 PM
Kuala Lumpur, 16 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini merasmikan Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis ke-219 di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, sebagai manifestasi semangat kemanusiaan dan keprihatinan warga Sang Saka Biru dalam membantu menyelamatkan nyawa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-219-setitis-darah-sejuta-harapan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:33 MYT
 
Kuala Lumpur, 16 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini merasmikan Program Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis ke-219 di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, sebagai manifestasi semangat kemanusiaan dan keprihatinan warga Sang Saka Biru dalam membantu menyelamatkan nyawa.

Ketibaan beliau pagi tadi telah disambut oleh Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, DCP Datuk Suryani Sungit selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur bersama Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan), Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Mohmmad Salleh Yahya.

Dalam ucapan perasmiannya, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid berkata penganjuran program tersebut merupakan manifestasi tema Peringatan Hari Polis Tahun 2026, “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”, selain mencerminkan iltizam berterusan PDRM dalam menerapkan nilai ihsan serta memperkukuh budaya berkhidmat kepada masyarakat.

Beliau turut menegaskan bahawa peranan PDRM bukan sahaja tertumpu kepada usaha membanteras jenayah dan memelihara ketenteraman awam, malah merangkumi aspek kemanusiaan yang memberi impak besar terhadap kelangsungan nyawa.

“Setiap titisan darah yang didermakan melambangkan pengorbanan warga Sang Saka Biru dalam membantu insan yang memerlukan. Malah, setiap beg darah berupaya menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga nyawa. Saya berharap amalan murni ini akan terus dijadikan budaya dalam kalangan warga PDRM,” ujar beliau.

Pada majlis sama, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada penderma darah aktif PDRM sebagai pengiktirafan atas komitmen dan sumbangan mereka dalam menjayakan agenda kemanusiaan menerusi amalan pendermaan darah secara konsisten.

Terdahulu, program dimulakan dengan ceramah kesihatan bertajuk “Fit For Duty, Polis Sihat, Negara Selamat” yang disampaikan oleh Doktor Perubatan Klinik Lindo, Dr. Syarifah Munirah ‘Aaqilah Al Sayed Mohamad.

Turut hadir ialah barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali, para pegawai kanan PDRM serta warga kerja Bukit Aman.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text that says 'Ημ ΑΤΟ΄ SEP OLEH: KE MOHD KHALID BIN HJ. ISMAIL S NEGARA S KHALID ನ್ರವರ್ೆ ABATAI N の DAN

No photo description available.

May be an image of dais and text that says 'AKTIF POLIS DIRAJA I MALAYSIA NCEGAHA MO AYAH DA प, 上街 DIR AMATA MUNITI e'

May be an image of dais

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2026 12.58 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.55 PM