Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Laksanakan Penerbangan Ihsan Bawa Anggota Pga Dapatkan Rawatan Segera

Diterbitkan: 18 Jun 2026 12.54 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.55 PM
Kota Kinabalu, 16 Jun 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah melaksanakan penerbangan ihsan bagi membawa seorang pesakit, Inspektor Sarman Suratman yang bertugas di Pos Hadapan Pulau Tigabu, Pasukan Gerakan Am (PGA), untuk mendapatkan rawatan segera di Hospital Queen Elizabeth II, Sabah selepas mengalami masalah pada tulang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-posting-pilihan-pgu-pangkalan-sabah-laksanakan-penerbangan-ihsan-bawa-anggota-pga-dapatkan-rawatan-segera
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:29 MYT
Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Laksanakan Penerbangan Ihsan Bawa Anggota Pga Dapatkan Rawatan Segera
Laman Utama / Artikel / Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Laksanakan Penerbangan Ihsan Bawa Anggota Pga Dapatkan Rawatan Segera
Kembali ke Pustaka
Artikel

Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Laksanakan Penerbangan Ihsan Bawa Anggota Pga Dapatkan Rawatan Segera

Kota Kinabalu, 16 Jun 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah melaksanakan penerbangan ihsan bagi membawa...
 
Kota Kinabalu, 16 Jun 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sabah telah melaksanakan penerbangan ihsan bagi membawa seorang pesakit, Inspektor Sarman Suratman yang bertugas di Pos Hadapan Pulau Tigabu, Pasukan Gerakan Am (PGA), untuk mendapatkan rawatan segera di Hospital Queen Elizabeth II, Sabah selepas mengalami masalah pada tulang.

Penerbangan menggunakan pesawat AW139 tersebut dikendalikan oleh Kapten Pesawat, Superintenden Dhanieherman Hoesni Abd Aziz bersama Pembantu Juruterbang, DSP Yusfaizal Mohamed Yusof dan dibantu oleh kru penerbangan, Sarjan Mejar Vehahnkenno Mandawang serta Koperal Kenneth Anak Nawot.

Turut mengiringi penerbangan tersebut ialah dua anggota pengiring dari PGA Sabah, Sarjan Ridzuan Shah Rosman dan Sarjan Zamlan Zakaria.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga PGU Pangkalan Sabah atas komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan penerbangan ihsan ini. Semoga Inspektor Sarman Suratman dipermudahkan segala urusan rawatan serta dikurniakan kesembuhan yang segera.

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2026 12.54 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.55 PM