Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 217 Kpn Bersama Warga Pdrm Tunai Solat Jumaat Di Masjid Bukit Aman

Published: 22 Mar 2024 7.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 22 Mac 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, di sini sempena Peringatan Hari Polis ke-217 yang bakal disambut pada 25 Mac nanti.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-217-kpn-bersama-warga-pdrm-tunai-solat-jumaat-di-masjid-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:16 MYT
Kuala Lumpur, 22 Mac 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman, di sini sempena Peringatan Hari Polis ke-217 yang bakal disambut pada 25 Mac nanti.

Ketibaan beliau di pekarangan masjid disambut Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Sri Azri Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

Turut hadir, Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Profesor Madya Dr. Luqman Hj. Abdullah dan barisan bekas pucuk pimpinan Pasukan.

Khutbah khas bertajuk “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada: Ramadan Dihayati, Keamanan Disyukuri” serta solat Jumaat tadi dipimpin oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Agama & Kaunseling) JIPS Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Ghazali Hj. Daud dengan kehadiran lebih 1,000 jemaah.

Intipati khutbah antaranya menyentuh mengenai pentingnya hubungan saling memerlukan antara polis dengan masyarakat kerana tanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman awam di negara ini bukan sahaja terletak pada 'bahu' PDRM tetapi juga semua lapisan masyarakat.

Terdahulu turut diadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat bagi memberkati perjuangan Pasukan yang telah menjadi agensi penguat kuasa utama negara sejak 217 tahun yang lalu.

Seusai itu, Tan Sri Razarudin sempat ditemu bual oleh pengacara, Mohd Annas Khamis berkenaan tema sambutan Peringatan Hari Polis pada tahun ini iaitu “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Hadir sama, barisan Pengarah PDRM dan warga kerja Bukit Aman serta ahli-ahli kariah.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 5 people and text

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 16 people and text

May be an image of 4 people, headscarf, dais and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 1 person and dais

May be an image of 8 people and text
ArticlePublished 22 Mar 2024 7.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM