
Artikel
Hari Polis Ke 216 Komuniti Agama Kristian Pdrm Anjur Sembahyang Khas Di Gereja Saint Francis Of Assisi Catholic
Kuala Lumpur, 28 April 2023 - Upacara Sembahyang Khas Agama Kristian sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 telah dianjurkan oleh komuniti beragama Kris...
Kuala Lumpur, 28 April 2023 - Upacara Sembahyang Khas Agama Kristian sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 telah dianjurkan oleh komuniti beragama Kristian dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di St. Francis of Assisi Catholic Church Malaysia, di sini.
Upacara itu diketuai oleh Uskup Agung Kuala Lumpur, Julian Leow Beng Kim dengan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang selaku pengerusi jawatankuasa penganjur program.
Selain mengeratkan hubungan silaturrahim antara penganut agama Kristian dalam Pasukan, majlis itu juga menekankan nilai-nilai kerohanian dan kesejahteraan dalam setiap peringkat pegawai serta anggota PDRM.
Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Segambut, Puan Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Seputeh, Puan Teresa Kok, Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, SAC Victor Sanjos dan bekas Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, pesara DCP Dato’ Tan Chong Jin.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin