
Artikel
Biarjasajadikenangan Video Pilihan 18 Ketua Keluarga Mangsa Kebakaran Terima Bantuan Csr Daripada Ipd Kota Kinabalu
Bantuan 'Ziarah Kasih' melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah.
Seramai 18 ketua keluarga mangsa kebakaran dekat Jalan Saga, Kampung Likas di Kota Kinabalu, Sabah pada 27 April lalu menerima bantuan kebajikan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.
Mesej kepada orang ramai yang ingin disampaikan oleh Polis Diraja Malaysia ialah warga Pasukan sentiasa prihatin dan bersimpati dengan mangsa-mangsa bencana kebakaran, kelmarin. Ia juga selari dengan slogan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.