Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hari Polis Ke 215 Yang Di Pertuan Agong Berkenan Mencemar Duli Hadir Bacaan Yasin Tahlil Dan Doa Selamat

Published: 24 Mar 2022 8.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 24 Mac 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat dalam suasana norma baharu yang diadakan di Masjid Bukit Aman sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215, tengah hari tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-215-yang-di-pertuan-agong-berkenan-mencemar-duli-hadir-bacaan-yasin-tahlil-dan-doa-selamat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:30 MYT
Kuala Lumpur, 24 Mac 2022 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat dalam suasana norma baharu yang diadakan di Masjid Bukit Aman sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215, tengah hari tadi.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin diiringi Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama timbalannya, DIG Dato' Razarudin Husain sebelum ke Dewan Solat Utama, Masjid Bukit Aman, di sini.

Majlis tersebut adalah sebagai memperingati jasa dan keringat barisan perwira Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah gugur syahid di medan perjuangan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.

Di samping itu juga, ia tanda kesyukuran seluruh warga Sang Saka Biru kerana kekal relevan sebagai agensi penguatkuasaan utama negara untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Majlis tadi telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, merangkap Imam Besar Masjid Bukit Aman, SAC Hj. Ghazali Hj. Daud.

Sebelum berangkat pulang, Yang di-Pertuan Agong turut menunaikan solat Zohor secara berjemaah bersama warga Pasukan.

Hadir sama, bekas KPN, Tun Mohamed Hanif Omar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed, KP Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim dan warga Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Jurugambar: Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 15 people and people standing

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, car, motorcycle and road

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 19 people

May be an image of 3 people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 4 people, people standing, indoor and text

May be an image of 6 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of text

May be an image of 4 people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 6 people, people standing, people sitting and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 7 people, people standing and text

May be an image of 9 people, people standing and indoor
ArticlePublished 24 Mar 2022 8.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM