
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Awas Kerja Palsu Di Media Sosial
Shah Alam, 24 Mac 2022 - Sindiket penipuan sentiasa 'berinovasi' untuk memanipulasi emosi dan kepayahan masyarakat.
Shah Alam, 24 Mac 2022 - Sindiket penipuan sentiasa 'berinovasi' untuk memanipulasi emosi dan kepayahan masyarakat.
Hal ini terbukti apabila wujud penipuan tawaran kerja yang mula dikesan sejak awal tahun lalu dengan menyasarkan masyarakat yang mahu mencari wang sampingan akibat terkesan ketika COVID-19.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din berkata, kes penipuan mencatatkan jumlah yang tinggi kerana sindiket sentiasa mencari kaedah bagaimana hendak memperdaya mangsa.
Menurutnya, bagi kes tipu tawaran kerja, individu yang kerap menjadi mangsa adalah dalam kalangan mereka yang tidak bekerja, suri rumah dan penuntut universiti yang mahukan pendapatan sampingan.
"Berdasarkan laporan polis yang diterima, sindiket akan mengiklankan tawaran media sosial perdaya mangsa terbabit di media sosial seperti Facebook, Wechat, Instagram dan Iain-Iain. Mangsa yang berminat kemudian akan diberikan pautan ke laman e-dagang terbabit sebelum diarah untuk membeli barangan tertentu," katanya kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif, baru-baru ini.
Dato’ Mohd Kamarudin berkata, mangsa akan diminta untuk meningkatkan kadar jualan produk tertentu yang ada dijual di platform e-dagang terbabit kononnya untuk meninggikan rating produk berkenaan.
Tambahnya, modus operandi sindiket adalah "memancing” mangsa di peringkat awal dengan memberikan wang pulangan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.