
Article
Hari Polis Ke 215 Upacara Sembahyang Khas Warga Pdrm Beragama Hindu
Kuala Lumpur, 17 Jun 2022 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu hari ini menyempurnakan upacara sembahyang khas bersempena Sambutan Peringat...
Kuala Lumpur, 17 Jun 2022 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu hari ini menyempurnakan upacara sembahyang khas bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 di Kuil Sri Maha Muniswarar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.
Upacara tahunan mengikut takwim PDRM itu diketuai oleh Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, DCP Dato' Kumaran Karuppannan merangkap pengerusi jawatankuasa program dengan kehadiran hampir 300 warga PDRM dari Bukit Aman serta sekitar Lembah Klang.
Aktiviti khas itu dimulakan sekitar jam 4.00 petang, dengan melibatkan beberapa ritual keagamaan dan berakhir sekitar jam 9.00 malam tadi.
Turut hadir, bekas Ketua Polis Pulau Pinang, pesara CP Dato' Narenasagaran Thangaveloo, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam dan SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, SAC M.V Srikumar Madhavan Nair.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini