
Artikel
Pydpmt 2022 Timbalan Kpn Dan Atlet Sukan Kuda Lasak Pdrm Terus Cemerlang Tamatkan Perlumbaan
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain bersama dua lagi atlet sukan kuda lasak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mempamer ak...
Setiu, 18 Jun 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain bersama dua lagi atlet sukan kuda lasak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus mempamer aksi cemerlang apabila berjaya menamatkan perlumbaan Piala Yang di-Pertuan Muda Terengganu (PYDPMT) 2022, di sini.
Tan Sri Razarudin yang menunggang kudanya 'Lord Reza', mengetepikan 102 peserta apabila berjaya menamatkan acara Concours de Reid d' Endurance National 40 kilometer dengan catatan masa 2 jam 30 minit dan 36 saat.
Dua atlet Pasukan lagi, DSP Nurhidayah Damanhoori dan Sarjan Mejar Norzaiman Jaafar dari Unit Berkuda PDRM, berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa masing-masing kurang dari tiga jam.
Kejohanan yang bermula pada 16 Jun 2022 itu berlangsung di Terengganu International Endurance Park dekat Lembah Bidong dan bakal melabuhkan tirainya Ahad ini dengan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.
Yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini ialah Royal Kelantan Endurance, Universiti Sultan Zainal Abidin Equetrian Stable dan Ikhwan Equestrian.
Sesungguhnya, seluruh warga Pasukan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan KPN dan kesemua atlet sukan kuda lasak PDRM yang telah membanggakan nama Pasukan dalam kejohanan berprestij ini.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Koperal Muhamad Rafsamjani Shamsul Bahar